Selepas kenyataannya berkaitan rumah pelacuran tular di seluruh platform media sosial, pelakon dan usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Menurut Rosyam, dia tidak menyangka video berkenaan akan tular dan menimbulkan kemarahan ramai pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

“Alamak, kecoh betul sehari dua ini fasal berkenaan kenyataan saya mengenai isu rumah pelacuran.

“Apa-apa hal pun, saya ingin memohon maaf dahulu sebab saya tak sangka perkara ini akan menjadi viral yang besar,” katanya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Laila Isabella itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

IKLAN

“Tak Sangka Jadi Viral Besar,” – ‘Statement’ Pasal Rumah Pelacuran, Rosyam Nor Mohon Maaf, Tonton Video Penuh Dulu

Pada masa sama, Rosyam turut memaklumkan video berkenaan merupakan teaser atau promosi bagi episod terbaharu program podcast kendaliannya yang berjudul Podcast Hitam Putih.

Malah, pelakon berusia 56 tahun ini turut mengajak semua pihak menonton program tersebut untuk memahami dengan lebih lanjut intipati perbincangan mereka berkaitan topik ‘Otak Porno’.

“Namun, sebenarnya, itu adalah promosi untuk program podcast saya di Suhan Channel yang bertajuk ‘Otak Porno’.

IKLAN

“Itu adalah perbincangan. Jadi, saya rasa lebih baik semua orang yang mempunyai masa pergi ke saluran saya ini dan tonton keseluruhan video untuk mendengar apa yang diperbincangkan,” ulasnya.

Dalam pada itu, Rosyam turut memohon maaf kerana isu ini telah mengelirukan ramai pihak.

“Tak Sangka Jadi Viral Besar,” – ‘Statement’ Pasal Rumah Pelacuran, Rosyam Nor Mohon Maaf, Tonton Video Penuh Dulu

IKLAN

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan. Sekali lagi saya ingin memohon maaf di atas segala kecelaruan yang berlaku,” kongsinya lagi.

Baru-baru, pandangan Rosyam mengenai keperluan aktivi pelacuran di negara ini nyata telah mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan warganet di media sosial.

Kata Rosyam, kewujudan rumah pelacuran berkemungkinan dapat mengurang masalah jenayah seksual melibatkan warga asing yang dikatakan tertekan kerana berjauhan dengan isteri akibat tuntutan kerja.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Rosyam Nor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI