Pelakon cantik, Zahirah MacWilson menerusi Instagram buat tatapan umum ada berkongsi beberapa keping foto yang dirakam bersama tunangnya, pelakon Aiman Hakim Ridza.
Berlatar belakangkan panorama indah di Perth, Australia, merpati sejoli ini dirakam kandid oleh team foto, Manis Moments, sebagaimana yang ’ditagged’ pada ruangan foto.
”Part 1 – The Long Road. Every path has it’s own journey, mine led me to you.
”Soon we’ll be on our own journey, hand in hand taking the same path,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda pagar #zahirAH, #SaveTheDate dan #20220.
Sementara menerusi ruangan komen pula, para peminat nyata tidak sabar dan turut memuji konsep foto yang dirakam.
Ads
Terdahulu, keduanya difahamkan bertunang di Australia sekitar Jun tahun lalu dan kisah kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember 2018 apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.
Malah mereka berdua turut digandingkan dalam slot Megadrama menerusi drama bersiri Curi-Curi Cinta yang mendapat perhatian ramai ketika itu.
Foto: Instagram Zahirah, Aiman Hakim Ridza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Siapa kata saya dah berhenti menyanyi? Saya masih aktif cuma tiada pendedahan di kaca televisyen sahaja,” kongsi penyanyi sensasi lewat 90-an, Leina Hangat apabila ditanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.
Cuma baginya, skala aktif itu kian berkurangan kerana perlu memberikan komitmen lebih terhadap keluarga.
“Alhamdulillah rezeki Allah masih lagi ada lagi. Selepas tamat kontrak dengan sebuah label muzik tidak lama dulu, saya bergerak sendiri,” katanya kepada MH.
Lebih 20 tahun bergelumang dengan seni, bintang yang sinonim menerusi lagu Ceria Dalam Gundah ini akui, dia kini sudah tidak lagi ambil pusing andai apa yang kurang mengenai atau sesuka hati memberikan gelaran lain terhadap nama komersialnya itu.
“Pada saya tak kisah orang nak panggil dengan nama Leina Hangat ke… Sekarang ni ada yang panggil dengan nama ‘Leina Suam-Suam Kuku’, Leina Hangit’ ada. Saya terima dengan seadanya.
“Memadai dengan saya nama sebenar yang diberikan Allaharham bapa, Norazlina Abdul Rahman yang bermakna Cahaya Gembira. Lina itu bermaksud ‘gembira’ dan Hangat itu ibaratnya sentiasa ‘hangat bergembira di Hari Raya’.
“Jadi saya tak kisah orang nak panggil dengan nama apa pun, asalkan yang eloklah. Ia sekadar nama. Cuma nama yang baik untuk saya sebagaimana yang tertulis di kad pengenalan itu yang lebih penting,” terangnya lagi.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon ini ditemui pada majlis Pelancaran Busana Munawwareen 2020 di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ditanya mengenai sejauh mana keunikan nama komersialnya itu sendiri sehingga ia kekal ‘melekat’ sampai sekarang, pelakon filem AWAS ini pada awalnya akui agak malu untuk memperkenalkan diri.
“Ada juga yang tanya Leina mana ya? Bila saya nak cakap nama Leina Hangat itu, demi Allah saya malu, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
“Akan tetapi disebabkan nama itulah, saya teruskan apa seadanya. Keliru juga nak perkenalkan diri. Cuma pada saya tidak salah pun,” kata Leina yang masih lagi ceria dan suka bergurau.
Terdahulu, penyanyi yang pernah menghasilkan album Tamil ini mulai mengenakan hijab kira-kira 10 tahun lalu.
Kali terakhir dirinya mengeluarkan naskhah seni adalah menerusi sebuah album kompilasi pada awal 2000.
Selain Ceria Dalam Gundah, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun ini turut popular menerusi lagu Gara-Gara, Eh…Dangdut, Helo-Helo Sayang dan banyak lagi.
Doktor viral dan hos, Dr Say Shazril menyatakan dia pernah membuat keputusan terburu-buru sehingga mengalami kerugian yang besar.
Bukan sekali, namun pengacara Tanya Doktor ini mendakwa pernah ‘ditipu’ dua kali akibat perniagaan MLM sehingga RM10,000 hangus!
“Topik : Saya Pernah Bodoh
“Walaupun sy doktor sy masih seorang manusia yg tak lari daripada membuat tindakan melulu. Sy pernah ingat tindakan dungu yg sy lakukan dalam hidup yakni join MLM (multilevelmarketing) bukan satu ye tuan puan malah 2 organisasi. Satu waktu sy belajar di India bayar RM4,000 untuk bisnes SMS, yg ni tak sampai sebulan punah sebab sy tak boleh relate & brain nak cari perniagaan lain tuk gunakan servis SMS ni. Burn dah RM4,000 kat situ.
“Kononnya belajar daripada kesilapan, sy join satu lagi organisasi bayar RM6,000. Kali ni bisnesnya stemcell. Sy ingat “cun lah produk kesihatan, berkait rapat dengan aku ni”. Tup tap modus operandi utamanya cari downline instead of jual produknya. Berusaha sy cari kawan yg hado-hado dalam contact phone sy ajak berjumpa namun semua macam dapat “menghidu” agenda sy. Burn dah RM6,000 kat situ,” kongsinya.
Akur akan kesilapannya, bapa kepada seorang anak ini turut menasihati individu lain agar membuat kajian terlebih dahulu sebelum melabur dalam apa jua perniagaan.
“Kalau sy dapat putar balik masa, sy lempang diri sy tu kasi terduduk kerana melulu “membakar” RM10,000 yg sy boleh buat downpayment rumah ketiga tapi pengalaman mematangkan kita. Sy tahu kerugian sy ciput berbanding mereka yg berbisnes di luar sana akan tetapi niat sy hanyalah berkongsi kebodohan sy moga anda tidak jadi seperti sy.
“Sebelum venture into something at least bacalah sikit mengenai perniagaan tu, modus operandinya, risikonya. Janganlah dikaburi dengan tesimoninya, nombor-nombornya, kemewahan orang2nya. To be honest what comes easy won’t last & what lasts won’t come easy,” tulisnya panjang lebar.
Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi yang tercetus melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bochey dan adik lelakinya, pelawak Ali Puteh.
Aliff, 33, menerusi sidang menjelaskan, dirinya turut bersedia untuk bertemu ahli keluarga Abam bagi menyelesaikan segala isu berbangkit berikutan perkongsian video live di Facebook miliknya, baru-baru ini.
“Di dalam situasi ini, saya amat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, tapi, saya tak nak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai.
“Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda ini berlaku dan tidak ada niat nak melagakan mana-mana pihak.
“Jadi saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah. Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta,” katanya.
Penyanyi Bobo Di Mana ini menjelaskan isu yang terkait menerusi satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara.
Jelasnya lagi, video yang dikongsikan di Facebook itu sebenarnya sudah mendapat persetujuan daripada Nor Hidayah untuk ditayangkan secara langsung di laman sosialnya.
“Selepas menjadi kecoh, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.
“Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri. Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja,” terang Aliff.
Pada masa sama, Aliff turut menunjukkan rakaman video perbualan dirinya bersama Hidayah yang memberikan kebenaran kepadanya.
Terdahulu, Aliff Syukri yang membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwah Abam, Nor Hidayah mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta.
Ekoran video yang dikongsikannya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai ‘binatang’.
Ali bagaimanapun memadam statusnya itu sebelum meminta maaf atas keterlanjurannya itu.
Pelawak itu sebelum ini turut melakukan sidang media bagi menjelaskan hal yang berlaku.
Ikuti sidang media penuh Aliff Syukri di sini;
#MHnews Sidang media Datuk Seri Aliff Syukri berkaitan kontroversi bersama Ali Puteh dan balu arwah Abam
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.