Menerusi sekeping gambar yang dikongsikan kepada MH, terlihat riak bahagia pengantin baru yang diraikan.
Difahamkan Ally Iskandar telah sah menjadi suami buat kali kedua.
Namun, menjengah kepada Instagram bekas isteri, Farah Lee dilihat meluah rasa “bukan aku yang kuat. hanya rasa yang tlah tidak ada”.
“Bilamana aku share moment Maream bertemu daddy setelah sampai ke Malaysia dari UK, moment aku dan keluarga mertua juga saat kami beraya bersama, rata-rata merasakan mereka sedih, tersentuh, sayu.
“Aku juga dikatakan mereka kuat. Kuat menyorok rasa disebalik senyuman di muka.
“Aku kembali kepada moment tersebut. Apa yang aku rasa.? Tiada. Kosong. Hanya bahagia menghargai mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Tiada apa yang dipalsukan, hanya aku menjadi aku.
“Telah terlalu banyak rasa aku sudah terpaksa tempuh. Jadi telah penat untuk merasa apa-apa. Kasih yang tlah ada juga telah lama lunyai. Harapan.? Terus tutup dan katup.
“Katalah engkau itu ego. Keras hati. Pentingkan diri.
“Pada aku, itu hadiah Tuhan, yang mengganti perasaan, dengan kekosongan. #FLwrites.”
Beberapa minggu sebelum sambutan Syawal, pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad telah kembali ke rahmatullah selepas terlibat sebuah kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Kejadian sedih itu berlaku pada 18 Mei lalu.
Lalu menerusi akaun Instagram pereka fesyen, Rizman Ruzaini ada berkongsi kenangan bersama dengan arwah Faziani yang turut mempunyai hubungan rapat dengan orang industri seni.
“Sekalung Takziah kepada keluarga kak @faziani_rohban . Allahyarhamah menempah hampir 50 pasang baju untuk beliau dan keluarga serta saudara mara.
“Kak Faziani juga merupakan mereka yang sentiasa menyokong #rizmanruzaini bertahun2 lamanya. Setiap kali raya, pasti mereka akan mengayakan rekaan kami.
“Terima kasih.. Semoga roh akak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al- Fatihah, ” tulisnya.
Pelakon senior, Zarina Zainuddin meminta supaya kita semua saling bermaaf-maafan sempena Syawal ini, lupakan sengketa yang pernah wujud.
Kongsinya lagi, manusia memang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.
“Assalamualaikum Selamat berhari raya di bandar pula ya..Penat beraya kat kampung tak abis lagi ni..Dalam pada kita beraya jumpa saudara mara sahabat handai..bermaaf maafaan sesama kita.. Memaafkan dan lupakan lah sengketa yang ada..
“manusia selalu buat salah kadang ikut nafsu bila berkata kata main sedap mulut jer cakap hakikatnya kita dah rosakkan perasaan orang..kalau orang yang pergi sekolah bagus didikan mak ayah atuk nenek dia nak cakap tak elok pun dia fikir dulu kadang telan jer kata2 tu..
“tapi kalau orang yang bernafsu syaitan dia ikutkan perasaan amarahnya.. geng Syaiton .. anggap jer orang tu tk de adab kurang iman ..kesian kalah dengan nafsu sendiri,” tulisnya.
Zarina turut meminta agar peminat tidak keliru dengan watak lakonannya dengan kehidupan realiti.
“Maafkan saya kalau saya berlakun drama suka marah2 itu drama watak saya begitu..saya kumpulkan segala amarah saya lontarkan dalam drama lakunan saya.
“tapi saya berlakun dapat duit hokay .. ingat sikit kalau mengata menghasut dan jadi batu api pun dah geng dengan syaiton.
“duit tak dapat tapi dapat dosa kering saja.. Tenang2 aja jangan difikir sangat masaalah orang biar dia fikir sendiri..kita pun dah banyak masaalah.. jangan stress cepat tua.. baik minum jus pucuk harumnita tentu awet muda sentiasa senyum berseri seri..suci kan diri dari fikir benda negatif kita ni manusia biasa happy2 aje..life must go on..
“Lagi satu arwah opah saya kate..biar orang buat kite kite jangan buat orang.. Allah ada ,InsyaAllah segalanyanya milik Allah harta dunia kita pinjan kejap masuk kubur tak bawak apa2 ..bawak kain putih dan amalan yang ada ..itu pun kalau ade..kalau tak ade,” tulisnya panjang lebar.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.