Isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri terbuka mengenai soal bermadu sekiranya Hafidz bersikap jujur untuk mengamalkan kehidupan berpoligami.
Shuhada, 29, berkata, dia tidak menolak sekiranya Hafidz mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.
“Bagi saya, sekiranya seseorang suami mahu berkahwin lain sebaik-baiknya ikut sunnah Rasulullah. Contohnya, berkomunikasi dengan baik, tidak melakukan perkara yang dilarang atau yang boleh mendatangkan dosa.
“Jadi kalau caranya betul saya tiada masalah. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah lagi berjumpa pihak ketiga untuk melakukan provokasi seperti tarik-tarik rambut atau maki hamun.
“Sebaliknya, pada fikiran saya lebih cenderung kenapa dia mahu berkahwin dengan suami saya. Sedangkan selama ini saya rasa seperti ditipu,” katanya.
Ditanya sama ada dia boleh memaafkan orang ketiga, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan dia hanya manusia biasa.
“Maaf atau tidak, saya hanya manusia biasa. Apapun, saya akan cuba yang terbaik. Kalau berdendam sekalipun, nanti pada masa depan bimbang saya sendiri tak dapat meneruskan kehidupan.
Ads
“Apa yang saya harapkan ialah doa yang baik-baik daripada semua pihak. Mengenai Hafidz pula, saya tidak menyimpan apa-apa dendam. Bukan soal siapa menang atau kalah, apa yang saya perjuangkan adalah maruah diri dan anak-anak,” katanya.
Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan isterinya Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.
Hakim Syarie Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.
Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu behubung isu cerai itu.
Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Ads
Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah berceraitalak satu dengan kakaknya pada 22 Februari lalu yang mana lafaz ketika itu dibuat menerusi panggilan telefon
Dalam prosiding hari ini, Hafidz diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Shuhada diwakili peguam Nurfarhana Abd Manaf.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Ads
Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.
Pelakon ‘Tundukkan Playboy itu” membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.
Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian 7 Hari Mencintaikui 3 telah melabuhkan tirai pada Jumaat.
Selaku pelakon, Jasmin Hamid berharap para penonton mendapat pengajaran bemanfaat daripada drama bersiri berkenaan.
“Sebahagian dari pemain-pemain Drama #7harimencintaiku3.
“Moga kami dapat sampaikan ilmu yang bermanafaat buat uols semua melalui Karya Puan @sitirosmizahsemail, Garapan Pengarah @khanmancung serta watak para pemain..,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun media sosial Instagram.
Selain itu, Jasmin tidak menafikan setiap watak yang dilakonkan sememangnya wujud di sekeliling masyarakat kita.
“Yang baik kita jadikan CONTOH. Yang buruk kita jadikan IKHTIBAR. Sememangnya WUJUD watak-watak yang kami lakonkan kerana ada pelbagai manusia di dalam dunia ini.
“Cuma mungkin kita tidak pernah mengenali mereka atau tak sedar yang mereka ada di sekeliling kita. Hebat Bukan?,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, 7 Hari Mencintaiku 3 dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Faye Kusairi, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Drama rantaian ini ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang mulai mendapat perhatian selepas muncul menerusi single duet Rahsia Kita bersama Khai Bahar, Fatin Husna telah pun selamat bertunang dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Luqman, 12 Oktober lalu.
Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak selain sahabat handai itu dimaklumkan bintang berusia 23 tahun itu menerusi Instagram.
“Alhamdulillah pada tarikh 12.10.19 saya telah bertunang secara kecil kecilan antara keluarga terdekat sahaja. In shaa Allah pada pertengahan bulan 12 Saya akan bernikah.
“Semoga semua urusan di permudahkan dan doakan semoga saya dapat harungi dugaan bertunang, InsyaAllah amin,” doanya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan berita gembira itu, para peminat rata-ratanya mendoakan agar hubungan yang dibina kekal sampai bila-bila serta mengharapkan yang terbaik buat keduanya.
Terdahulu, Fatin atau nama penuhnya Fatin Husna Ibrahim turut sinonim dengan beberapa buah lagi lain, antaranya Terlepas Cinta dan Kau Berubah.
Foto: Instagram Fatin Husna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menimang cahaya mata sulung pada Februari lalu, pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri tidak menafikan mereka semakin murah rezeki.
Bakal bersama-sama mengadakan konsert berskala besar pada bulan Oktober nanti, pasangan ini tidak melihat kesibukan kerja sebagai satu halangan untuk memberikan yang terbaik untuk anak mereka, Nur Khawla Soleha yang kini berusia enam bulan.
“Tipu kalau saya kata tidak sedih setiap kali keluar bekerja. Tidak lama lagi pun saya akan ke Bandung dan Jakarta, Indonesia untuk rangka promosi Hal Hebat di sana.
“Memikirkan nak tinggalkan anak enam hari pun sudah cukup buat saya rasa sedih, kalau tengok gambar memang meleleh air mata. Khawla pun dah pandai macam-macam sekarang.
“Pada masa sama, saya rasa bersyukur kerana Syamel banyak membantu kalau dia berkelapangan. Biasanya jika saya perlu keluar bekerja, ibu saya akan datang untuk membantu menjaga Khawla juga,” kata Ernie.
Ernie akan terbang ke Indonesia bagi mempromosikan single Hal Hebat, kolaborasi bersama kumpulan dari sana, Govinda.
Selain pertolongan daripada ahli keluarga, Syamel dan Ernie turut lega kerana dikurniakan pembantu yang menjaga anak mereka setulus hati.
“Sejujurnya bila memikirkan Khawla bersama pengasuhnya pun sudah buat saya tak tentu arah.
“Fikir dia tengah buat apa, senyuman dia, tetapi bila di rumah, kami pastikan dia sepenuhnya bersama kami.
“Harapnya bila dah besar, Khawla faham kerja daddy dan ibunya,” kata Syamel pula.
Untuk info, Syamel dan Ernie bakal mengadakan konsert sulung mereka, Konsert Syamel Dan Ernie Zakri: Aku Cinta di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Oktober depan.
Tiket dijual pada harga RM500 (Diamond), RM400 (Platinum), RM300 (Gold), RM250 (Silver) dan RM200 (Bronze).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syamel, Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.