Pelakon dan usahawan , Rozita Che Wan menitipkan pesanan buat golongan wanita terutamanya buat mereka yang merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu, kaum hawa seharusnya menghindari sifat pemalas dan mereka juga setidak-tidaknya harus tahu untuk melakukan kerja-kerja rumah.

“Tak Pandai Masak Takpe, Tapi Kalau Pemalas Memang Tak Boleh Tolong,”- Rozita Che Wan Kongsi Ilmu Ambil Hati Ibu Mertua “Tak Pandai Masak Takpe, Tapi Kalau Pemalas Memang Tak Boleh Tolong,”- Rozita Che Wan Kongsi Ilmu Ambil Hati Ibu Mertua

Katanya lagi, anak perempuan juga tidak digalakkan untuk bangun lewat kerana banyak perkara yang boleh dilakukan sejak awal pagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Kami nak bagi tips: Anak dara wajib ringankan tangan tu bersihkan rumah, kemaih rumah sapu sampah ka atau buat apa yang patut.

“Jangan dok malasssssss, bangun wajib awal jadi boleh siapkan banyak benda,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Tak Pandai Masak Takpe, Tapi Kalau Pemalas Memang Tak Boleh Tolong,”- Rozita Che Wan Kongsi Ilmu Ambil Hati Ibu Mertua “Tak Pandai Masak Takpe, Tapi Kalau Pemalas Memang Tak Boleh Tolong,”- Rozita Che Wan Kongsi Ilmu Ambil Hati Ibu Mertua

Bagaimanapun, Che Ta turut menambah, sekiranya seseorang anak perempuan itu tidak tahu memasak, ia bukanlah satu kesalahan yang besar memandangkan skil tersebut sebenarnya boleh diasah seandainya mereka mempunyai kemahuan.

“Kalau tak pandai masak takpa boleh belajar sikit sikit tapi kalau pemalas memang tak boleh tolonglah melainkan diri sendiri na

IKLAN

“Baru la bakal mak mertua sayang. Tak gitu? Eh ramai ka yang dah bangun ni? Atau semua dah on the way balik kampung,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama malah ada juga yang menitipkan ucapan terima kasih diatas peringatan tersebut.

“Betul tu Che Ta. Kalau pemalas habis la. Memang wajib bangun awal. Baru kerja rumah cepat settle.

“Betul tu. Paling susah pada mak-mak ni ialah nak ajar anak bersih-bersih.

IKLAN

“Suka tengok Che Ta. Menyapu pun cantik gila.

“Setuju sangat. Ini tidak, semua harapkan mak je. Belum lagi kalau sidai kain matahari dah tegak baru nak sidai. Eh rasa nak lempang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Che Ta kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya yang berjudul Tahyul yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

“Tak Pandai Masak Takpe, Tapi Kalau Pemalas Memang Tak Boleh Tolong,”- Rozita Che Wan Kongsi Ilmu Ambil Hati Ibu Mertua

“Tak Pandai Masak Takpe, Tapi Kalau Pemalas Memang Tak Boleh Tolong,”- Rozita Che Wan Kongsi Ilmu Ambil Hati Ibu MertuaSelain Che Ta, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI