Impian dan hasrat penyanyi Khai Bahar untuk mengadakan konsert solo pertama akhirnya direalisasikan di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, pada Sabtu.

Menerusi Konsert Nafas Cinta Khai Bahar itu, bintang kelahiran Perlis ini telah menyampaikan sebanyak 17 lagu termasuk dua lagu bersama Adira dan Aina Abdul yang dibawakan secara duet.

Tak Melatah Dengan Kritikan, Khai Bahar Kini Matang Perbaiki Diri – “Ada Tegur, Yang Terkurang Atau Terlebih…” Tak Melatah Dengan Kritikan, Khai Bahar Kini Matang Perbaiki Diri – “Ada Tegur, Yang Terkurang Atau Terlebih…”

Khai yang ditemui media sejurus konsert meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Khai pada masa sama menjelaskan, dia memilih untuk mengambil setiap kritikan yang diberikan terhadap nyanyiannya sebelum ini sebagai persediaan sebelum konsert solo sulungnya itu dilangsungkan.

Ini kerana, ia dilakukan demi memperbaiki diri sekaligus meningkatkan lagi mutu serta kualiti nyanyian supaya bertambah baik.

IKLAN

“Setiap kali selepas saya buat persembahan, apa sahaja kritikan yang orang berikan saya terima. Kalau yang kritik tu kata tidak okey, saya ambil ia sebagai satu kritikan yang membina.

“Misalnya, ada yang tegur cara penyampaian nyanyian saya… yang terkurang atau terlebih pun, sebagai seorang penyanyi saya ambil itu bagi memperbaiki diri,” katanya lagi.

Tak Melatah Dengan Kritikan, Khai Bahar Kini Matang Perbaiki Diri – “Ada Tegur, Yang Terkurang Atau Terlebih…” Tak Melatah Dengan Kritikan, Khai Bahar Kini Matang Perbaiki Diri – “Ada Tegur, Yang Terkurang Atau Terlebih…”

Ditanya tentang perancangan seterusnya, penyanyi berusia 27 tahun ini kini mahu fokus membuat persiapan untuk persembahan lagu duet, Nafas Cinta yang telah tersenarai di antara 12 finalis akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

IKLAN

Bagaimanapun Khai memaklumkan, setakat ini dia belum berkesempatan melakukan sesi latihan lagu berkenaan di samping Aina Abdul.

“Selepas ini, saya mahu fokus pula kepada persembahan di AJL nanti, untuk buat beberapa persiapan dan persediaan awal. Buat masa ini, susunan muzik untuk lagu sudah ada dan saya pun dah dengar sebelum ni.

“Dari segi latihan pula, kami berdua masih lagi belum mulakan latihan. Sementara konsep persembahan pada malam itu nanti, akan ada elemen fantasi ala-ala macam kartun ‘Disney’, insya-Allah,” kongsinya lagi.

IKLAN

Tak Melatah Dengan Kritikan, Khai Bahar Kini Matang Perbaiki Diri – “Ada Tegur, Yang Terkurang Atau Terlebih…”

Tak Melatah Dengan Kritikan, Khai Bahar Kini Matang Perbaiki Diri – “Ada Tegur, Yang Terkurang Atau Terlebih…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Khai Bahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI