Fuh terpaku mata MH seketika apabila melihat perubahan bentuk fizikal tubuh badan Billa Najmi yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia 2015.

Mesti korang nak tahu apa punca MH terpaku melihat Billa kan?

Macam mana MH tak terkejut, Billa kini kelihatan lebih kurus daripada sebelum ini dan menurut gambar pada satu perkongsiannya menerusi akaun Instagram, berat badannya sudah turun sebanyak 24 kilogram. Wow banyak tu!

Mesti ramai yang teruja kan nak tengok gambar terkini Billa. Ok jom MH belanja gambar terkini Billa.

A post shared by BILLA (@billa_najmi) on

IKLAN

Di ruang kapsyen perkongsian Billa ini dia ada menyatakan bahawa sudah hampir tujuh bulan dia berusaha untuk menjadi lebih sihat dan dia juga turut memohon doa daripada semua untuk berjaya dalam misinya.

“Nak masuk 7 bulan I fight for myself to be a healthy and better person.. doakan saya berjaya ya guys!,” tulis Billa

Terdapat satu lagi perkongsian Billa yang menunjukkan gambar perbezaan bentuk wajahnya sejak tahun 2015 hingga 2018.

A post shared by BILLA (@billa_najmi) on

IKLAN

Penyanyi bersuara lantang ini juga turut berkongsi tips kurusnya di ruang kapsyen.

“Hi guys..Ni perbandingan bahagian muka pulak..?

 

TIPS❗️: 1.Minum air kosong 2 liter sehari..no air sejuk.. 2.makan la apa je awak nak mkn..TAPI kuantiti tu sikit ye.. 3. Selepas pukul 7pm NO FOOD ALLOWED ahahaha pastu exercise laaaa..hehehe 30 minit pon cukup.. kena kuat iman dgn mental la..hehe ?,” tulis Billa.

Rata-rata pengikut dan peminat Billa nampaknya begitu teruja dengan transformasi artis kesayangan mereka ini malah ada yang mengucapkan terima kasih atas tips yang dikongsi oleh Billa.

rasyidahwafaa: so proud of you! keep going!

IKLAN

anismokk: Wahhh my idol . Nak follow tipss ?

norjihanikram: Wow x sabar nak tengok u berat 55-60 sure cantik giler @billa_najmi..go go pasti boleh!

kelawo.co: Bagus @billa_najmi . Saya suka tips awak ni. Kipidap Billa. Saya doakan Billa berjaya capai misi dan bagi inspirasi orang luar sana.

MH doakan segala usaha Billa membuahkan hasil. Wah sekarang ni pun dah cantik kalau dah makin kurus nanti mesti bertambah cantik lagi kan. Good luck Billa!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI