“Akhirnya, kini bukan rahsia lagi. Tidak lama lagi kami akan bertiga,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sana, pelakon drama Racun Rihanna ini turut berkongsi keadaan perutnya kini yang semakin membesar.
Ads
Malah, Intan juga memuat baik video imbasan ultrasound yang memaparkan keadaan kandungannya itu.
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Intan dan kandungan sentiada berada dalam keadaan baik.
“Tahniah, sayang.
Ads
“Cantiknya awak dengan baby bump tu.
“Bakal ibu yang sangat cantik.
“Tahniah bakal ibu. Semoga sihat selalu,” antara komen-komen netizen.
Dikala namanya kini sudah mula mendapat perhatian ramai, pelakon meningkat naik Adrina Kamaruddin harus melupakan seketika impiannya bergelar anak seni bagi menyelesaikan latihan siswazah sebagai seorang doktor.
Menurut Adrina, dia bakal berehat selama dua tahun dan nekad untuk kembali bersaing di dalam industri seni sebaik sahaja tempoh latihan selesai.
“Saya akan berehat sebentar daripada industri seni bermula Oktober ini kerana saya perlu selesaikan ‘housemanship’ atau latihan siswazah sebagai seorang doktor. Saya kena kembali menjalankan tugas sebagai doktor.
“Pada masa sama, saya akan cuba mengisi masa dengan apa sahaja tawaran dalam industri seni. Selepas dua tahun housemanship, saya akan kembali fokus seratus peratus sebagai anak seni,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran Hero Dewi Remaja 2023 itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media drama Perang Nasi Dagang Kelantan VS Ganu, baru-baru ini.
Jelas Adrina lagi, dia mempunyai perancangan untuk membuka klinik sendiri dan pada masa sama boleh memberikan tumpuan untuk bergelar pelakon.
“Saya akui memang penat dan enam tahun saya menuntut ilmu dalam bidang perubatan. Namun, bila saya sudah tamat housemanship, saya boleh merancang untuk buka klinik sendiri dan boleh bekerja ikut masa sendiri.
“Pada masa sama, saya boleh menceburi bidang seni juga,” ujarnya.
Ditanya mengenai respon ibu bapanya apabila dia tetap mahu meneruskan impian bergelar anak seni meskipun sudah bergelar doktor, ini respon Adrina;
“Pada mulanya, pihak keluarga ada yang mempersoalkan keputusan saya. Namun, sejak daripada kecil, saya memang sudah ditekankan untuk terus belajar sehinggalah menjadi doktor.
“Jadi, saya bagitahu bapa, saya minta izin, hanya kali ini sahaja saya ingin buat apa yang saya minat. Alang-alang sudah tamat belajar, dia izinkan tapi kena selesaikan juga latihan siswazah ini,” kongsinya lagi.
Mengakui agak risau sekiranya namanya bakal tenggelam, pelakon drama Awak Terlalu Ganu Untuk Saya ini tetap percaya dengan rezeki yang telah diaturkan Allah SWT.
“Saya sebenarnya agak risau dan sedih juga. Namun, saya berpegang kepada rezeki. Saya selesaikan housmanship kerana sudah belajar lama dan nak bahagiakan ibu bapa saya.
“Jadi, saya harap bila saya buat semua ini, Allah akan tolong murahkan rezeki saya bila saya kembali ke dalam industri semula,” tuturnya.
Dalam pada itu, Adrina memaklumkan dirinya juga sudah m membuat persiapan rapi dari segi mental dan fizikal untuk menempuh latihan siswazah ini.
“Saya akui housemanship merupakan satu tempoh yang sangat sukar dan mencabar. Seperti semua sedia maklum, ada yang akan berhenti separuh jalan.
“Sama juga seperti nak mula belajar dahulu, ramai yang kata bidang perubatan ini sangat susah. Ramai akan berhenti tapi disebabkan minat, saya lulus sekali jalan sahaja.
“Saya sudah setkan di kepala, apa jadi sekalipun, saya tetap kena habiskan housemanship ini dalam masa dua tahun kerana saya nak kejar semula impian dalam industri seni,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi baharu Andyoso mengakui sebelum ini dirinya pernah menerima mesej daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang sebanyak RM10,000 semata-mata untuk mengajaknya untuk keluar mengisi masa bersama.
Andyoso atau nama sebenarnya Andika Zulkefli berkata, tawaran tersebut diterima menerusi pesanan mesej terus atau ‘direct message’ di Instagram miliknya.
“Sebelum ini saya memang rahsiakan tempat tinggal. Namun saya tercakap yang saya menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian saya ada terima mesej peribadi daripada seorang individu yang mendakwa dia tahu mengenai perkara itu.
“Dia ada ajak untuk berjumpa, namun saya tak berikan apa-apa respon selain terus sekatnya di media sosial. Rasanya dia seorang lelaki bila melihat foto profilnya, tapi tak pasti ia akaun palsu atau tidak.
“Dia cakap awak tinggal di Seremban kan? Boleh tak kalau awak keluar dengan saya pada waktu-waktu tertentu. Dia tawarkan saya RM10,000 untuk sekali lepak. Saya ‘screen shot’ mengenai tawaran itu dan serahkannya pada pihak pengurusan.
“Ada terima mesej daripada perempuan juga, tapi itu antara yang paling saya terkesan,” kata Andyoso.
Bintang remaja berusia 20 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu baharunya berjudul ‘Pendamping Hidupku’ di Zecon Hotel, Cheras, pada Selasa.
Andyoso yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku sebagai asam garam bergelar selebriti.
Sementara itu, berkongsi mengenai singlenya pula, Andyoso optimis untuk mempromosikan lagu tersebut agar dapat diterima pencinta muzik genre balada.
Pendamping Hidupku adalah hasil ciptaannya sendiri bersama komposer dan penulis lirik dari Indonesia iaitu Shoga Tan dan Ujang K.
“Proses rakaman lagu ini dibuat di Indonesia selama empat hari dan ia mengisahkan mengenai seorang lelaki yang merayu kepada Tuhan untuk memiliki wanita yang dicintainya.
“Jika sebelum ini saya mempertaruhkan single bergenre pop menerusi lagu Setiaku 100 Peratus, tapi kali ini agak berbeza dan saya teruja untuk membawakannya.
“Meski genre balada masih agak baharu untuk saya, jadi saya ada mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas vokal untuk memastikan lagu ini dapat disampaikan dengan sebaik mungkin.
“Syukur dan gembira atas penerimaan baik setakat ini apabila ia sudah pun ditonton lebih 140,000 tontonan di YouTube sejak sebulan dilancarkan,” katanya.
Malah jelas Andyoso, dia juga yang tidak menafikan sebagai penyanyi baru, dia masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon jelita Nora Danish tidak risau soal rezeki di dalam industri seni tanah air meskipun kini telah memutuskan untuk berhijrah dan mengenakan hijab.
Menurut Nora, industri seni ketika ini sudah semakin terbuka dan dia tetap percaya dengan rezeki yang telah diaturkan Allah SWT.
“Saya tak pernah terfikir pun soal itu. Pada saya, industri kita ketika ini sangat terbuka dengan mereka yang berhijab. Peluang juga sudah semakin meluas.
“Ketika fasa-fasa terdetik nak berhijab, saya juga tidak lagi melakonkan adegan-adegan bersentuhan ketika penggambaran.
“Saya tak percaya bila ada yang kata peluang dan rezeki kita akan berkurang selepas berhijab. Rezeki ada di mana-mana,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Nora turut memaklumkan dirinya kini tidak lagi mengejar kemewahan dunia sebaliknya mahu mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.
“Memang benar. Saya tidak lagi mengejar populariti. Pada usia sekarang, Allah sudah kurniakan rezeki yang tidak putus-putus buat saya.
“Apa yang saya nak, Allah sudah tunaikan. Walaupun saya bercerai, Allah buatkan saya mudah lupa pada kesedihan. Mungin itu kurniaan Allah buat saya. Saya jadi cepat move on.
“Apa sahaja dugaan menimpa, saya tetap boleh menempuhinya. Jadi, apa lagi yang saya nak? Allah sudah bagi macam-macam.
“Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini. Fokus saya kini hanya pada Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui cabaran untuk istiqomah iti bukan mudah namun dia berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa yang baik buat dirinya.
“Saya kini memang banyakkan berdoa. Itu sahaja yang penting ketika ini. Ramai juga rakan-rakan artis yang berkongsi doa untuk terus istiqomah.
“Sejak sebelum berhijab lagi, bila melihat rakan-rakan yang tewas (buka hijab), saya juga faham situasi mereka.
“Bila kita nak buat kebaikkan, memang banyak dugaan. Rakan-rakan saya juga kata begitu. Saya harap anda semua boleh mendoakan saya supaya terus beristiqomah,” akhirinya.
Dalam pada itu, Nora berkongsi keterujaannya apabila dapat bekerjasama dalam projek drama bersiri Perang Nasi Dagang siaran Astro Warna.
Nora berkata, dia seronok sepanjang terbabit dalam penggambaran drama terbitan Red Bean Production.
“Berpeluang bekerja di bawah arahan Fazlisham Mat Hussin (Issey), saya seronok kerana kami saling berkongsi idea dan cuba menjayakan watak sebaik mungkin,” katanya.
Drama bersiri lapan episod ini ditayangkan bermula hari ini di saluran Astro Warna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.