Pelakon, Datin Niena Baharun telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu memaklumkan ada temu janji pemeriksaan bayi keduanya itu.
“Checkup Baby.Pagi tadi tengah nak bersiap dekat dressing table, husband tanya you nak mekap mekap beria kenapa kita nakgi checkup baby je.
“Dia tktau perasaan seorang isteri ni bila dapat peluang keluar sekejap nak juga conteng muka ni pasaiii apa lama sangat dah mommy tk pegang brush mekap.
Ads
“Walaupun lepas tu pakai mask juga, boleh laa ‘pelepah angin’ oghe Kelate oyak . Ada ke yang sama peel macam Niena?,” tulisnya.
Pelakon, Beto Kusyairy ada memberi nasihat kepada netizen menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 40 tahun ini menyarankan agar netizen untuk menjaga kata-kata dan perbualan di laman media sosial.
“Berhati-hati dengan apa yang anda taip & komen. Anda mungkin menyakiti seseorang & menyebarkan kebencian pada masa yang sama. Adakah itu menjadikan anda lebih baik darinya?
“Empati. Sungguh tidak menyakitkan untuk bersantun berbahasa. Apatah lagi itu asalnya budaya kita (yang semakin halus menipis).
“Tinggal di rumah, moga selamat & kekal sihat semuanya.#puasamediasosial,” tulisnya.
Pelakon Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19 minggu lalu sebaik pulang menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu ada berkongsi pengalamannya saat melakukan ujian saringan berkenaan secara pandu lalu.
Video yang dikongsikan bintang filem Pulang ini nyata mendapat perhatian para peminat dan rakan artis.
“Ni masa first swab test. Result positive.. esok second swab test.
“Harap2 negative.Aamin#icanfightthisP.s: I was nervous the whole time,” tulis peserta Dewi Remaja sezaman Mawar Rashid ini.
Suami kepada pelakon jelita Izara Aishah, Adib Khalid telah berkongsi foto anak pertama menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, Adib turut menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran anak pertamanya yang diberi nama Irisa Alaia.
“Sekarang kami bertiga…Alhamdulillah syukur, puteri kami, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib, telah dilahirkan pada 15 April, 2020, salah satu momen indah buat saya dan Izara.
“Terima kasih atas semua doa dan sokongan, kami sangat menghargai setiap ucapan dan berharap dapat bertemu dengan semua orang secepat mungkin. Disini kami kongsikan gambar keluarga kami kepada semua orang.
Di samping itu, Adib turut mendoakan agar cahaya mata yang dikurniakan menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya dunia serta akhirat.
“Selamat datang ke dunia Alaia, hati saya teruja ketika saya mendengar tentang kamu, dan sekarang anda berada di sini bersama kami. Ibu dan saya sangat gembira dan menyayanyi kamu. Semoga menjadi anak yang diberkati dan mampu memberi kegembiraan kepada semua orang disekelilingmu, Semoga menjadi anak yang soleh,berjaya dalam kehidupan dan akhirat, Amin.,” tulisnya.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.