Pelakon, Khir Rahman ada memberikan pendapatannya mengenai pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan buat kali yang keempat ekoran penularan wabak COVID-19.

Menurut Khir, orang ramai tidak sepatutnya membanding cara kehidupan golongan senang dan yang kurang berkemampuan ketika PKP ini kerana situasinya amat berbeza.

https://www.instagram.com/p/B_UMRMoHFdsA9PC8iR394UQ9LOCdS9GBuDg_7E0/?igshid=1h9wz6iktdn7a

“As Salam. Salam Sejahtera. Saranannya mudah iaitu duduk di rumah.

“Namun bagi mereka yg dihalau tuan rumah, percayalah ianya susah.

“Online buying adalah alternatif bagi mereka yg berkemampuan bukan pada mereka yg dalam serba ketiadaan,” tulisnya.

IKLAN

Tambah Khir lagi, semua pihak berhak untuk berasa panik kerana perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi kita semua.

“Human being and being human is two different things. Ask ourselves.

“Tiada siapa yg handal menangani situasi pandemic seperti sekarang bererti sesiapa juga mungkin saja panik.

“Pak menteri, pak polisi semua manusia. Panik boleh saja berlaku dalam membentuk undang-undang semasa serta perlaksanaannya.

IKLAN

Dalam pada itu, juara Muzikal Lawak Komedi itu juga pecaya bahawa segala yang berlaku ketika ini ada hikmah disebaliknya selain turut berpesan supaya orang ramai mengamalkan tahap kebersihan tertinggi.

“Mohon semua untuk bersabar dan berperi kemanusiaan. Jangan sesekali berhenti berdoa. Maka sebaik-baik doa adalah selepas solatz

“Saya percaya, kita sedang dididik oleh Allah swt untuk mengamalkan kebersihan dan betapa pentingnya ukhwah kekeluargaan bagi sepanjang hayat kita, bukan sekadar sebulan dua.

“Kebersihan bukan hanya pada sanitizer dan tangan ianya adalah sejenis didikan dan amalan,” kongsinya di laman Instagram.

IKLAN

Dikesempatan itu, Khir juga turut menitipkan ucapan selemat berpuasa dan berharap agar segala yang berlaku ketika ini adalah titik tolak kepada penghijrahan yang lebih baik.

“Mohon ampun atas segala khilaf dan ikhtilaf.

“Kita kembali pada kesederhanaan. Selamat berpuasa dan menjalani Ramadhan.

“Sangat cantik dijadikan titik permulaan bagi sebuah penghijrahan,” katanya.

Terdahulu, semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan bahawa tarikh PKP akan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI