Beberapa hari lalu, pelakon senior Noralbaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie ada memuat naik beberapa keping foto dirinya memakai baju seragam ‘cleaner’ atau tukang cuci tandas di akaun Instagram miliknya.

Kongsi aktres berusia 49 tahun ini mengakui menerima pelbagai persoalan daripada peminat gara-gara memakai baju seragam ‘cleaner’ berona biru.

Di samping itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata pekerjaan ‘cleaner’ atau sebagai tukang cuci tandas bukan satu perkerjaan yang hina.

“Kecoh pasal post gambar pakai baju clennner semalam. Ada yg call tanya…betul ke…!sebenarnya bagi saya ape salahnya. Sesiapa pn boleh post ape2 pun.

“Kalau saya clenner, itu satu pekerjaan yg baik. Halal..kalau tak keje, u all nak bagi duit ke?.. Susah, org lagi kutuk. Tak kan nak tunjuk yg hebat2 dan mewah jer dalam IG. Not me….,” tulisnya.

Selain itu, bintang kelahiran Perak ini memaklumkan dirinya bukan seorang yang bersikap hipokrit untuk menunjuk kemewahan di laman media sosial.

“im not hipokrit…plsss…..skrg saya bagi post yang paling ceria…tak kesah la keje ape pun…puas tak…!! Takde clenner, toilet tak bersih pun org complain…kannn….!!!?,” tulisnya lagi.

Di samping itu, rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh Noralbaniah.

Sekadar infomasi, Noralbaniah memulakan karier lakonan sekitar pada tahun 1989 dan telah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Sudarman Daud pada tahun 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Selepas itu, Sudarman meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat nahas jalan raya.

Foto: Instaram Noralbaniah