Baru-baru ini, penyanyi Wany Hasrita telah menjadi artis jemputan menerusi dalam program gaya hidup, Trek Selebriti di Astro Ria.

Selain berkongsi kisah mengenai kehidupan peribadi, penyanyi berusia 27 tahun ini turut meluahkan pendapat mengenai hubungan perkahwinan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terlalu Memuja ini mengakui fobia untuk berkahwin apabila melihat kes penceraian dalam rumah tangga semakin kerap berlaku di sekelilingnya.

IKLAN

“Bila dengar perkara macam ni kan, Wany selalu mengeluh dengan ibu Wany. Lepas itu, ibu akan cakap pada saya perkara itu adalah benda yang realiti sebenarnya dalam kehidupan.

“Kekecewaan itu adalah realiti, dan kalau kita nak jadi orang yang baik kita pasti akan selalu diuji oleh Allah.

IKLAN

“Kita pun ada dugaan kita sendiri cuma tak sama macam dugaan orang lain jadi apa yang penting macam kita nak mengatasi benda tu. Kahwin tu bukan benda kecil dan dia perkara yang besar lagi-lagi untuk orang perempuan.

“Perempuan yang paling malang adalah bila dia tersalah pilih suami, bagi pendapat saya. Jadi bila tersalah pilih suami, semuanya berakhir,” katanya ketika ditemubual oleh hos rancangan, Alif Farhan.

IKLAN

Sekadar informasi, Wany atau Nursyazwany Hasrita Hasbullah telah dilahirkan pada 24 Disember 1992 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.

Video: YouTube KSS Studios

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI