Sanggup berbelanja besar dan menolak beberapa tawaran kerja hampir RM200,000, pengorbanan penyanyi Shiha Zikir nyata berbaloi apabila dia dan kakaknya, Ieda Zikir dinobatkan selaku juara Famili Duo musim ke-4.
Menurut Shiha, sepanjang bergelar anak seni, dia tidak pernah berkira dari segi kewangan untuk memberikan persembahan terbaik buat para peminat.
“Bila saya berada di atas pentas. Saya tak pernah fikir fasal duit kemenangan. Pada saya, penonton ingin melihat siapa Shiha dan Ieda.
“Kalau saya berkira-kira, saya tidak akan buat persembahan laser di pentas akhir yang menelan kos RM60,000. Tanyalah dengan pasukan saya, saya tak pernah berkira.
“Kalau tak menang pun tak mengapa. Saya rasa puas. Saya ini jiwa seorang pejuang. Asalkan sudah buat yang terbaik. Yang lain adalah rezeki.
“Kalau berkira, saya tak puas. Saya tak nak sajikan persembahan biasa-biasa je kepada penonton. Kalau kira hadiah kemenangan ini dengan apa yang saya laburkan, ia lebih sebenarnya,” katanya kepada MH.
Shiha berkata sedemikian ketika ditemui usai pentas akhir Famili Duo 4 yang berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad.
Ads
Dalam pada itu, Shiha akui tidak menyangka dia dan kakaknya mampu bergelar juara memandang saingan mereka sudah pun menunjukkan taring sejak konsert minggu pertama.
“Keputusan pada malam ini (semalam) sememangnya tidak disangka. Saya sebak bila ingat semula perjalanan nak ke final ini. Saya sangat sensitif.
“Untuk Famili Duo ini, cabaran dan kesusahannya sangat berbeza. Setiap minggu, saya rasa seperti bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL).
“Ditambah pula ini adalah pertandingan duo. Kami kena fikir kemampuan masing-masing. Pasangan lain semua hebat-hebat belaka. Kami rasa kecil sangat,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu Irama ini turut memaklumkan Famili Duo 4 ini bakal menjadi program realiti terakhir yang akan disertainya.
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya tak tahu lagi apa akan jadi pada masa hadapan, buat masa sekarang, ini adalah kali terakhir saya menyertai pertandingan realiti.
“Saya sudah pun keluarkan segalanya yang saya ada. Saya juga mahu berterima kasih kepada kakak kerana dia sentiasa berikan yang terbaik tanpa berkata tidak.
“Dia ikut sahaja apa yang saya mahukan. Mungkin ini juga merupakan doa daripada ibu kami,” akhirinya.
Ads
Kemenangan ini membolehkan Shiha dan Ieda membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 dan trofi.
Elemen silat dan budaya yang ditampilakn di persembahan kedua nyata memberikan kelebihan buat duo adik beradik ini seterusnya memukau para juri iaitu Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu.
Kedua-dua juri turut memberikan standing ovation dan markah ‘perfect 10’ buat Shiha dan Ieda menerusi persembahan kedua melalui lagu Mentera Semerah Padi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Finalis Hero Remaja 2020, Hazeeq Dean baru-baru ini ada berkongsi foto ‘outfit of the day’ (OOTD) bersama ayahnya bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang diraikan, beberapa hari lalu.
Malah menerusi posting sama, Hazeeq atau nama sebenar, Mohamad Haziq Nazimuddin dilihat turut mengenakan persalinan ala 80-an bersama bapanya.
“Like father, like son. Happy father’s day abah,” tulis Hazeeq ringkas sebagai kapsyen.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) berbangga dengan keputusan yang diperolah anaknya, Kacak atau nama penuhnya Muhammad Eric Zaquan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video di IGTV, DSV teruja dengan keputusan yang diperolah Kacak meski tidak mempunyai gred A dan belajar dari rumah.
“Walaupun belajar di rumah (home school,) tapi Kacak dapat keputusan yang bagus.
“Walaupun dapat gred B, C dan D, yang penting tak ada F.
“Yang penting subjek Bahasa Inggeris Kacak dapat pandai, walaupun loghat Kelantan.
“Pandai anak Mama cakap orang putih. Dapat B!,” katanya teruja.
Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni memanjatkan rasa syukur selepas isterinya, Ayunda Putri telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada pagi Rabu.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Haziq menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Katanya lagi, dia juga gembira kerana sekali lagi diberikan kesempatan untuk menemani isterinya ketika proses melahirkan cahaya mata perempuannya itu.
“Assalamualaikum. 25/5/2022 9.52 pagi. Seorang lagi puteri telah dilahirkan.
“Kali kedua teman @ayundaputrii masuk OT. Dapat pegang tangan dia sepanjang operation. Ibu kuat,” tulisnya.
Pada masa sama, penyampai radio Hot FM ini juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat isterinya yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh bersalin ini.
“Pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak sayang. Thank you so much,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Haziq dan isteri.
“Tahniah Haziq dan isteri. Semoga puteri ini jadi permata yang membanggakan ayah dan ibunya nanti.
“Alhamdulillah, welcome on board baby.
“Tahniah Haziq. Semoga isteri dan baby sentiasa berada dalam keadaan selamat.
“Tahniah dan selamat berpantang.
“Semoga Allah menjadikannya sebagai anak yang berbakti dan bertakwa,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama Putri Ayunda pada tanggal 15 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telan pun terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata Heidy Nufael dan Chayra Aulia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Keke Palmer, mendedahkan perbualan dengan bekas pengurusnya yang membuat dia terkesan dan trauma.Menurut Keke ketika itu bekas pengurusnya mengkritik hebat berat...