Kakak kepada usahawan sensasi, Kak KM iaitu Rose Azlin Rosli yang juga pengasas bersama syarikat pengurusan acara RAR Sky Sdn Bhd bersama suami, Iskandar Ali tidak menafikan keluarga menjadi tulang belakang terhadap setiap perkara yang dilakukan.
Rose Azlin yang mesra disapa sebagai Kak Nona berkata, asbab memuliakan keluarga, dia percaya rezeki mereka sekeluarga akan lebih murah dan diberkatiNya.
“Memang saya dan suami akan fikirkan keluarga terlebih dahulu. Mereka nombor satu sebab kita berbahagi rezeki dengan mereka, terutamanya Kak KM. Kami bertahun-tahun bersama kejar impian dengan berniaga.
“Malah kalau dalam mana-mana acara yang kami anjurkan, rasa tak berseri kalau tiada dia. Macam mana sekali pun, akan cuba untuk selitkan Kak KM. Malah rasa lebih selesa bila buat kerja sesama adik beradik.
“Sebab kita sudah tahu apa kepakaran masing-masing. Misalnya kalau ada anak buah yang boleh buat fotografi, kita panggil dan tawarkan kerja kepadanya terlebih dahulu.
“Untuk jaga booth kedai pula, kita ada anak-anak yang akan tolong jaga, sepupu-sepapat atau anak buah. Kemudian, barulah kita tawarkan kepada orang luar pula.
“Sebabnya, kami nak ahli keluarga lain belajar dan tahu bukan mudah untuk cari duit. Kadang ada anak-anak orang senang ni, celik mata saja dah nampak duit depan mata.
“Mereka tak tahu bagaimana usaha susah senang kita dalam cari rezeki. Jadi kena belajar dan bermula dari bawah. Mungkin orang nampak kita sudah okay, tapi ramai tak tahu fasa merangkak yang dilalui,” katanya.
Ads
Kak Nona berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Festival Kampung Tradisi di SUK Selangor, Shah Alam, pada Isnin.
Acara anjuran Adikara dan RAR Sky Sdn Bhd itu bakal dilangsungkan selama empat hari bermula 12 Disember depan di Dataran Pantai Morib.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar, Yang Berhormat Datuk Rizam Ismail.
Kak Nona pada masa sama akui dia dan adik beradik juga belajar untuk saling menyangi sejak kecil, lebih-lebih lagi apabila melihat hubungan kasih sayang yang akrab antara ibu dan arwah bapa.
Ads
“Sejak kecil mak dan ayah besarkan kami penuh kasih sayang. Kami nampak mak selalu baring atas riba ayah. Malah mak sendiri tak pernah bercakap kasar dengan anak-anak.
“Kami sangat menghormati kedua orang tua kami dan saling berpelukan bila berjumpa. Malah kami sendiri terapkan pada anak-anak kami agar hubungan adik beradik tidak boleh putus dan sentiasa menyayangi antara satu dan lain” katanya lagi.
Sementara itu, Festival Kampung Tradisi bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan kekayaan budaya dan tradisi Melayu serta warisan rakyat Malaysia selama empat hari di Dataran Pantai Morib, Selangor.
“Festival ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menghidupkan semula budaya tradisional yang sudah menjadi sebahagian daripada identiti negara.
“Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tradisi, permainan rakyat, makanan kampung dari perkampungan Mat Kilau, dan persembahan seni sepanjang festival ini,” katanya lagi.
Ads
Selain para peniaga tempatan, kehadiran barisan artis yang turut sama berniaga pasti akan menambahkan kemeriah acara apabila ada di antara mereka juga bakal membuat persembahan.
Antara selebriti terlibat ialah Aan Ways, Azan Scan, Kak KM, Keena Mentor, Rina Eva, Jibam Ramlee, Elly Xceed, Syura Badron, Ahmad Yasin dan Kumpulan Kristal.
Kak KM juga akan sama-sama turun padang berniaga di samping ibunya, pelakon legenda, Normah Damanhuri yang bakal berniaga Nasi Lemak Mantan dan barisan juadah bubur manis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti popular, Rozita Che Wan menasihatkan mana-mana wanita yang dikasari pasangan hingga mendatangkan kecederaan supaya melakukan perkara sepatutnya bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Rozita yang sinonim disapa Che Ta berkata, wanita perlu bijak dalam tindakan bagi mengekang situasi tidak diingini dalam rumah tangga.
Wanita Perlu Bijak, Elak Jadi Mangsa
“Bagi saya, wanita jangan jadi bodoh. Walaupun mungkin lelaki itu yang beli beras, tapi belum tentu dia belikan lauk. Tambah pula sekarang ni lauk ada yang lebih mahal berbanding beras. Saya pernah cakap mengenai hal ini.
“Jadi saya nasihatkan… kalau lelaki itu sudah mulai naik tangan pada anda, anda kena angkat kaki. Bukan terajang muka dia, tapi keluarlah daripada rumah. Anda ada hak, jangan lupa untuk buat laporan terlebih dulu.
“Bila laporan sudah dibuat dan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pengesahan, jadi proses selanjutnya akan berjalan lancar (siasatan).
“Akan tetapi kalau anda tak buat laporan polis terlebih dulu, isu boleh jadi rumit. Misalnya suami akan mendakwa anda keluar rumah tanpa izin dan sebagainya,” katanya.
Meski Lelaki Boleh ‘Berubah’, Wanita Harus Waspada!
Che Ta bagaimanapun tidak menafikan, ada lelaki yang boleh berubah menjadi suami yang lebih baik, namun isteri perlu berhati-hati.
“Macam contoh kalau si lelaki itu cuba pujuk balik, maaf janji tak akan buat lagi dan sebagainya, jangan mudah percaya. Sebab apa, anda berkahwin dengan lelaki yang sama.
“Pada saya, dia (pasangan) mungkin sukar untuk berubah. Walau tidak semua tapi itu realiti.
“Kalau wanita pun susah nak berubah, nak harapkan dia pula? Kalau saya, jika ada yang berbuat begitu (berkasar) jangan bagi peluang kedua. Sebab ada potensi untuk dia buat hal lagi,” katanya.
Che Ta juga meluahkan rasa tak puas hati apabila sering terbaca mengenai perkara itu di media massa.
“Memang saya geram, kurang ajar. Kau bila nak nikahi orang itu sanggup bayar mas kahwin bila tak mahu, buat begitu kenapa?,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski sudah lama pelakon senior Bollywood, Karisma Kapoor tidak muncul di layar perak, namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi.
Siapa yang boleh melupakan barisan filem lakonannya yang cukup melekat di hati pencinta filem Bollywood di negara ini seperti Coolie No. 1, Raja Hindustani, Dil To Pagal Hai, Hum Saath-Saath Hain dan banyak lagi.
Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial sekali gus berkongsi perihal aktiviti serta perkembangan terkininya.
Bagaimanapun, satu hal yang paling buat ramai kagum adalah apabila ramai yang perasan akan wajah serta bentuk badannya yang kekal menawan dan langsing, tak ubah ketika dirinya di julang sebagai Ratu Bollywood tak lama dulu!
Tidak dinafikan, figuranya seakan tak dimamah usia. Siapa sangka usianya kini sudah mencecah usia 46 tahun.
Malah, dia dilihat kerap berkongsi foro tanpa secalit solekan, sekali gus membuatkan wajahnya tampak lebih segar mempesona.
Dilahirkan di kalangan keluarga seni, bintang cantik ini dilahirkan di Mumbai, India pada 25 Jun 1974. Bapa ibunya, iaitu Randhir Kapoor dan Babita merupakan pelakon terkenal pada suatu ketika dahulu.
Sementara adiknya, Kareena Kapoor pula kekal aktif dalam dunia perfileman sehingga hari ini.
Kali terakhir Karisma membuat kemunculan dalam filem adalah menerusi Zero, yang ditayangkan lebih dua tahun lalu.
Foto: Instagram Karisma Kapoor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida telah mengadakan satu sidang media tergempar pagi tadi berikutan konflik yang berlaku di antaranya bersama selebriti, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.
Ketika sidang media tersebut berlangsung, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata saman malu terhadap Azwan tetap akan diteruskan.
“Tak tahu nak cakap hati saya remuk macam dirobek-robek bila tengok video tu, maruah saya dipijak-pijak.
“Kalau anda kat tempat saya tengok video permohohan maaf yang dibuat layak ke dimaafkan? Boleh ke atau biarkan saja? Kesungguhan awak minta maaf, cara you minta maaf macam tu ke?
“Sakitnya hati saya, pemberontakan jiwa saya, marahnya saya jadi hati saya sangat terguris bila reputasi saya dicalarkan macam tu.
“Tanpa prajudis atau dipengaruhi oleh sesiapa tapi kerana jiwa dan perasaan saya dengar sini Azwan Ali, saman akan diteruskan,” katanya.
Sidang media itu telah berjalan di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor.
Terdahulu, Azwan telah mengadakan satu sidang media di Marriot Hotel, Putrajaya pada 11 Februari lalu, sekaligus cuba menunaikan tuntutan usahawan terbabit.
Ikuti rakaman penuh sidang media tersebut di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...