Pelakon senior Azhar Sulaiman memilih untuk tetap bergandingan dengan rakan pelakon Sophia Albarakbah selepas ini meski pelakon tersebut sedang hangat diperkatakan wargamaya.
Malah dia juga terbuka untuk bekerjasama memandangkan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin mempercayai aktres berkenaan.
“Kalau pelakon Lelaki yang sudah berkahwin keberatan untuk berlakon dengan Sophia Albarakbah selepas ini, its okay….
“Mami tak keberatan langsung dan berani sebab my wife Chempaka trust Sophia dan more jobs for me,” tulisnya di Instagram.
Terdahulu, bintang filem Mimaland itu sekali lagi menjadi perhatian selepas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah mempertikaikan tindakan Sophia yang tidak menghadiri sidang media promosi drama lakonannya dengan Aliff Aziz, pada Rabu.
Aliff dan Sophia bergandingan menerusi naskah adaptasi novel, Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang bakal bersiaran di TV3 pada 6 Februari depan.
Bella menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin mesej daripada Sophia yang memohon maaf kepadanya dan berjanji tidak akan mengganggu Aliff lagi.
Bella kemudiannya bertindak memadam posting berkenaan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kaum Lelaki Kena Faham Bahawa Wanita Ini Sebenarnya Takkan Pernah Salah,” – Bonda Rozita Ibrahim
Ibu kepada usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim berkongsi perihal rumah tangga dan menegaskan manisnya perkahwinan andai ego diketepikan, sentiasa bermaafan dan sikap ingin berubah dipraktikkan.
Jelasnya, kaum lelaki harus memahami bahawa kaum wanita ini tidak pernah salah dan andai terjadi pergaduhan, jadilah insan pertama yang memohon maaf terlebih dahulu.
Secara tidak langsung, ego si isteri terus menunduk dan akan terlontar perkataan maaf daripada bibirnya.
“Assalamualaikum sahabat followers yg bonda muliakn.. pagi ini bonda menulis lagi.
“Wahai kaum lelaki.. kena faham bahawa wanita ni sebenarnya xkan pernah salah..!mereka tu selalunya betul.
“Ketika kamu sedang bergaduh atau berselisih pendapat dgnnya..cepat2 kamu meminta maaf terlebih dahulu dgnnya..!
“Bila kamu terus berkata “sy yg bersalah dn sy minta maaf”… pasti hati nya akan terus reda.. lalu pasti mereka akan sedar dn berkata “ehh x lah sy yg salah sebenarnya dalam hal ini..”
“Rumusanya mmg begitu..! kaum wanita ni egonya tinggi,” jelasnya.
Rozita pada masa sama turut menegaskan, jangan sesekali memandang rendah permasalahan yang dikongsi isteri kerana wanita hanya memerlukan bahu untuk bersandar.
“Bila lelaki pula sering mengadu isterinya suka keluar dr rumah.. sebenarnya yg salah tu adalah berpunca dr diri kamu..! sebabnya kamu x boleh nak kasi kesenangan dlm hidup isterinya.
“Ketika isteri mengadu..menangis.. apa yg lelaki akan katakn..?? “menangis ni xkan menyelesaikn masalah..!”
“Sedangkn tahu atau x ketika kaum wanita ni sedang menangis..dia sebenarnya mencari lengan ataupun bahu yg boleh menghentikn serta merawat tangisnya.
“Dn ketika kamu x memberikn itu.. dia pasti akan mencari bahu yg lain,” kongsinya lagi.
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangannya.
Malah, ada yang menyatakan Aliff Syukri seharusnya mengikut nasihat yang diberikan si ibu andai mahu bahagia.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Iri Hati Dengan Kebahagiaan Orang Tak Tentu Pasal,” – Target Serap Aura Positif 2020, Nadya Syahera Mahu Fokus Famili
Pelakon, Nadya Syahera menerusi Instagram miliknya menitipkan kata-kata sempena kedatangan tahun 2020 yang berbaki beberapa hari lagi.
Jelasnya, ada segelintir manusia yang gemar menguji tahap kesabaran dan mencari persengketaan tanpa sebab.
“Kadang2 ada je manusia yang cuba uji kesabaran seseorang manusia. Ada juga yang nak cari pasal tanpa sebab yg sahih.
“Iri hati dengan kebahagiaan orang tak tentu pasal. Create pergaduhan. Apooo?
“Why perlu perangai macam2 eh? Jalani hidup macam manusia normal boleh tak? Cakap baik2, sebut baik2, fikir baik2 boleh kan?
“Baru hati tu pun bersih, tak hitam. Ni dah nak masuk tahun baru, boleh lah campak perangai kotor, perangai yg tak indah tu. InsyaAllah hidup lebih ceria gitu,” maklumnya.
Malah, ibu kepada dua orang anak ini turut berharap agar dapat menjalani kehidupan secara normal dan mahu lupakan perkara yang tidak sepatutnya daripada memori dan hati.
“And for me, i harap tahun 2020 ni, takde lagi adegan drama2 yg tak indah dalam hidup i. I sendiri akan cuba clearkan apa yg patut i clearkan dari memory n hati i.
“Target nak serap #positivevibes je. Yang cuba nak bawa negative vibes, lantokkk mu lah. and last skali, Keluarga akan tetap jadi keutamaan i.
“Korang apa target utk Tahun 2020 nanti?,” tanyanya lagi.
Sekadar imbasan, Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.
Foto : Instagram Nadya Syahera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Buat’ Six Pac Dalam 2 Minggu, Shaheizy Sam Mudah Emosi Ketika Diet Ekstrem – “Syatilla Pun Mengelak Jumpa Saya.”
Pelakon terkenal, Shaheizy Sam, mendedahkan dirinya hanya mempunyai waktu yang sangat singkat untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik sebelum melakonkan adegan ‘buka baju’ didalam filem terbaru, Polis Evo 3.
Jelas Sam, pada ketika itu, dia harus menjalani rutin diet yang sangat ekstrem demi memenuhi kehendak pengarah.
“Saya harus menjalani rutin diet ekstrem selama dua minggu sebelum memulakan penggambaran babak yang memerlukan saya menunjukkan six pack dan bentuk badan.
“Apa sahaja unsur-unsur gula wajib dipotong selama dua minggu itu. Jika ada lagi ruang untuk bakar lemak dalam badan, wajib buat.
“Selagi mampu berjalan, berdiri dan bekerja tanpa memasukkan apa sahaja jenis kalori dalam badan, kena teruskan.
“Kalau nak sumber karbohidrad sedikit, saya akan makan brokoli dan protein. Kalau teringin nasi sangat, saya akan makan beras perang,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini juga mendedahkan emosinya pada ketika itu sememangnya terganggu disebabkan berada dalam keadaan lapar yang agak lama.
“Ketika fasa tersebut, Syatilla tidak menjaga rutin makanan saya. Kalau boleh, dia lagi nak mengelak daripada rapat dengan saya sebab dia tahu mood saya ketika itu, memang tak elok.
“Anda sedar atau tidak, bila pekerja kedai makan tersilap hantar pesanan, kedai makan akan menjadi tempat paling senang kita nak marah.
“Kerana ketika itu, kita tengah lapar dan emosi tidak stabil. Kalau ada yang salah, mesti kita akan marah. Bayangkan, sepanjang tempoh penggambaran berlansung, saya berada dalam situasi tersebut.
“Bila usia dah meningkat, beban untuk dapatkan six pack jadi dua kali ganda. Saya minta pengarah untuk tunda shooting lagi empat hari untuk saya dapatkan badan cantik tapi tak boleh,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Sam turut memaklumkan antara cabaran terbesar sepanjang melakon filem ini adalah untuk menjayakan babak-babak aksi yang berisiko tinggi.
“Bila memasuki usia hampir 40 tahun, saya memang ada kekangan untuk melakonkan babak-babak aksi yang ekstrem. Saya seorang yang jarang bersenam. Kalau bersenam pun ketika nak dekat tarikh penggambaran.
“Jadi, stamina agak terhad. Saya rasa sangat berbeza ketika berlakon Polis Evo 3 ini berbanding dua filem sebelumnya. Kalau silap pergerakan, akan mudah cramp atau sakit otot.
“Cedera ringan itu biasa. Saya akan buat sendiri adegan berlawan. Kalau adegan ektrem seperti terjun bangunan, saya kena pastikan dahulu adakah saya akan cedera atau tidak.
“Kalau cedera, saya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tapi team produksi juga,” akhirinya.
Terdahulu, Polis Evo 3 bakal mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 25 Mei ini.
Selain Sam, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Nora Danish, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI