Tak Jangka 15,000 Kotak Mi Kari ‘Licin’ Dalam 1 Jam, Nadzmi Adhwa Sukses Berniaga & Ada Syarikat Produksi Sendiri

Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan dia kini lebih selektif memilih sebarang tawaran untuk berlakon menerusi mana-mana projek selepas menubuhkan syarikat produksi Arwaa Production.

Memberi fokus kepada penerbitan drama, telefilem dan program, Nadzmi, 30, juga memperlahankan karier lakonan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ardell Aryana pada 2019.

“Tawaran selalu ada tetapi terpaksa ditapis, kerana saya tidak mahu timbul ‘conflict interest’ memandangkan saya kini mengusahakan sebuah syarikat produksi Arwaa Production yang menumpukan kepada penerbitan drama, telefilem dan program.

“Jadi saya lebih banyak berada di belakang tabir. Kita beri ruang kepada pelakon tempatan berbakat yang lain menyerlahkan kebolehan mereka. Melainkan naskhah yang saya terima itu boleh mengembangkan karakter saya pasti saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.

Adhwa menambah selepas berkahwin dan kiki bergelar bapa, keutamaan sudah berubah. Namun, lakonan masih menjadi minat dan tidak akan sesekali melupakan bidang seni.

IKLAN

“Kini saya membahagikan fokus kepada tiga perkara iaitu keluarga, bidang seni serta perniagaan.

“Isteri saya pula lebih selesa untuk menumpukan fokus terhadap anak dan keluarga serta beberapa aktiviti kemanusiaan.

“Selain mula berjinak dalam bidang penerbitan, kami juga aktif dalam perniagaan makanan, Arwaafood. Syukur Alhamdulillah, perniagaan makanan menerusi Arwafood mendapat sambutan yang sangat positif,” katanya lagi.

Tak Jangka 15,000 Kotak Mi Kari ‘Licin’ Dalam 1 Jam, Nadzmi Adhwa Sukses Berniaga & Ada Syarikat Produksi Sendiri

Berkongsi mengenai produk yang dihasilkan, Mee Kari Opah di bawah jenama terbabit terjual sebanyak 15,000 kotak menerusi platform TikTok, baru-baru ini.

IKLAN

“Syukur kerana produk ini mendapat respons yang sangat baik. Kami sendiri tak sangka Mee Kari Opah terjual dengan kuantiti sebanyak itu dalam masa satu jam sahaja.

“Pada awalnya, kami dapat tawaran untuk berkolaborasi dalam perniagaan ini dari dua orang sahabat, Hadi Kaderi dan Nizar Hafiz. Kami mahu meneroka bidang perniagaan makanan dan timbul idea untuk muncul dengan mi kari.

“Setelah enam bulan berhempas pulas memikirkan idea untuk segi konsep dan rasa yang ingin ditampilkan, maka terhasillah Mee Kari Opah,” katanya optimis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.