Tindakan pengacara popular negara, Datuk Aznil Haji Nawawi memuat naik sebuah video di laman Instagram nyata telah menyentuh hati banyak pihak.

Video berdurasai hampir lebih sepuluh minit itu memapar usaha murni Aznil untuk membantu seorang wanita gelandangan yang ditemui di sekitar ibu kota.

“Tak Guna Ada Semua Ni, Kalau Tak Tolong Orang,” – Beri Sumbangan Pada Wanita Gelandangan, Perkongsian Pak Nil Bikin Ramai Sebak “Tak Guna Ada Semua Ni, Kalau Tak Tolong Orang,” – Beri Sumbangan Pada Wanita Gelandangan, Perkongsian Pak Nil Bikin Ramai Sebak

Kasihan melihat nasib wanita tersebut, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil telah pun menyumbangkan sejumlah wang meringankan beban yang ditanggung oleh wanita berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan itu juga, wanita berkenaan dilihat mengalami kecederaan di bahagian kakinya.

Menurut Aznil, wang tersebut sebenarnya adalah hasil daripada keuntungan yang diraihnya menerusi penjualan produk Belado Paknil.

IKLAN

“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Pak Nil infaqkan hasil jualan BALADO PAKNIL untuk bantu orang lain.

“Tak guna Pak Nil ada semua ini kalau tak gunakan untuk tolong orang.

“Sesiapa yang beli produk Pak Nil, saya anggap itu infaq daripada anda untuk wanita tersebut. Untung yang Pak Nil dapat, Pak Nil tak makan sorang. Tadi Pak Nil dah bagi dia seratus tapi malam ni Pak Nil nak dia tidur hotel,” katanya yang hampir menitiskan air mata.

“Tak Guna Ada Semua Ni, Kalau Tak Tolong Orang,” – Beri Sumbangan Pada Wanita Gelandangan, Perkongsian Pak Nil Bikin Ramai Sebak “Tak Guna Ada Semua Ni, Kalau Tak Tolong Orang,” – Beri Sumbangan Pada Wanita Gelandangan, Perkongsian Pak Nil Bikin Ramai Sebak

IKLAN

Meskipun, pemberian tersebut ditolak, namun Aznil tetap mahu wanita tersebut untuk menerima pemberiannya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut menitipkan doa semoga Aznil akan sentiasa dimurahkan rezeki selepas ini.

“Semoga Pak Nil diberikan kesihatan yang baik dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan. Amin.

IKLAN

“Rakam bukan niat menunjuk. Tapi untUk beri kesedaran kepada semua yang melihat, jika memberi tidak akan membuatkan kita miskin. Jadikan contoh biarpun kite bukan golongan kaya. Thank you Abang Aznil.

“Semoga murah rezeki paknil dan Allah berikan syurga untuk Pak Nil.

“Tuhan sentiasa memberi berkat kepada sesiapa yang membawa berkat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Tak Guna Ada Semua Ni, Kalau Tak Tolong Orang,” – Beri Sumbangan Pada Wanita Gelandangan, Perkongsian Pak Nil Bikin Ramai Sebak

Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih hampir 80,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Sumber: Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI