Pelakon Mas Anizan mengesahkan dia sudah bercerai, sekali gus menjawab desas-desus mengenai berita perpisahan berkenaan.
Menerusi Harian Metro, pelakon popular era 1990-an berusia 48 tahun itu menjelaskan, dia membuat pengakuan itu bagi mengelakkan fitnah dan salah faham masyarakat kerana dia kini kembali aktif bekerja.
Bagaimanapun, Mas memilih untuk tidak berkongsi identiti bekas suaminya dan tarikh perceraian mereka.
“Pada mulanya saya belum bersedia untuk berkongsi. Namun, kerana saya hendak mula berlakon, jadi lebih baik saya berterus terang.
“Saya tidak mahu timbul salah faham dan fitnah pula nanti di lokasi penggambaran. Jadi, lebih baik saya membuka mulut, cuma saya memilih untuk tidak berkongsi butir lanjut kerana tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak.
“Apa yang terjadi adalah suratan takdir. Allah yang menentukan segalanya. ,” katanya yang dipetik.
Dia pada masa sama reda dan mempunyai sebab untuk tidak berkongsi mengenai hal itu, sebelum ini.
“Ajal maut semuanya ketentuan Allah, jadi saya sendiri tidak berani mengulas lanjut mengenai hati tertutup dan sebagainya. Semestinya jika berkahwin kita berharap bahtera yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.
“Tiada apa lagi sebenarnya yang ingin dipanjangkan kerana kisah perceraian ini sudah lama selesai. Saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan kerana itu saya memilih mendiamkan diri selama ini,” katanya.
Mas kini sedang menyelesaikan baki penggambaran drama Hati Yang Dikhianati terbitan Global Station yang tertunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Terhahulu, isu perceraian wanita kelahiran Teluk Intan, Perak itu mulai diperkatakan apabila bekas suaminya difahamkan tidak kelihatan pada majlis pernikahan anak sulungnya, Mas Aliza, baru-baru ini.
Mas berkahwin dengan ahli perniagaan dari Kuala Lumpur itu pada 2012.
Perkahwinan pertamanya dengan ahli perniagaan Allahyarham Datuk Ali Bapoo pada 1993 dikurniakan dua anak iaitu Mas Aliza dan Muhamad Masli Daniel.
Ali meninggal dunia pada 2008 dan menerusi perkahwinan kedua, Mas dikurniakan seorang anak perempuan, Ariana Marissan yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nyanyian penyanyi, Salma Asis yang cuba membawakan lagu Cinta yang dipopularkan oleh Marsha Milan mencuri perhatian ramai.
Menerusi Instagram, bintang yang dicungkil bakatnya itu daripada program Mentor musim kelima memuat naik sedutan lagu berkenaan mengikut caranya yang tersendiri.
Menurut Salma dia menyanyikan lagu berkenaan selepas menerima banyak permintaan berbuat demikian di media sosial.
“Sis cuba! Sebab ramai DM (direct message) kita request lagi ini. Takut hahaha. Nanti yang penuh Salma kongsikan di YouTube,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan komen positif dan mereka turut memuji cara pembawaan penyanyi berusia 32 tahun itu.
“Effortless and power,” puji seorang peminat.
“Yeay tak sabar nak tengok full,” komen peminat lainnya.
“Padu teruk,” puji salah seorang di Instagram.
“Sayangnya bakat ini tak diketengahkan. But one day i percaya orang akan nampak wujudnya Salma ni even dua kali jadi juara realiti show. Tapi tak kemana,” antara komen yang tertera.
Terdahulu, lagu Cinta ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik menggungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) lalu selain Marsha turut memenangi trofi Persembahan Terbaik.
Sementara itu, Salma sebelum ini pernah menjadi finalis AJL32 menerusi lagu Akhirnya Cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Salma Asis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah sekian lama dipersoal akan penampilan yang tetap dilihat dada seperti wanita meski dikatakan sudah nekad berhijrah, Safiey Illias menerusi entri terbaru mengesahkan dia sudah pun membuang silikon di dada.
Memuat naik foto lobi Kompleks Pakar Dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur, usahawan kosmetik ini secara ringkas menulis kapsyen, “Selesai. Alhamdulillah.”
Terdahulu, penyanyi Syinta Gila ini memohon doa netizen sebelum menjalani prosedur pembedahan silikon.
“Esok saya akan melakukan pembedahan buang silicone . Doakan saya . Mgkin jrg update dan live.
“Mak dan ayah pun dh ada di rumah untuk jaga saya . Yg asyik tanya bila nk buang jd saya update . Nnti sye post silicone nye nak sgt,” jelasnya.
Tindakannya mendapat sambutan positif netizen dan rata-rata mendoakan semoga lelaki ini terus istiqamah.
Foto : Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Program realiti nyanyian Mentor Milenia kini kembali untuk musim ketiga denganmenampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor.
Black, Akim Ahmad, Hazama, Stacy dan Ernie Zakri bakal memikul tugas besar dalam mendidik para protoge masing-masing untuk bergelar sebagai penghibur.
Kehadiran kelima-lima mentor berpengalaman berbekalkan skop seni yang boleh dibanggakan pasti dinantikan penonton.
Terdahulu, uji bakat telah dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah (3 dan 4 Ogos) dan Shah Alam (24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September) dengan kehadiran ramai bakat muda yang mampu menjadi pelapis seni suara lokal.
Hampir 1400 peserta telah hadir ke uji bakat, namun hanya 20 peserta sahaja yang dipilih untuk ke peringkat seterusnya sebelum para mentor memilih dua orang protege setiap seorang.
Tidak lengkap Mentor Milenia musim ini tanpa pihak juri dan sistem pemarkahan bagi setiap persembahan para protege.
Juri profesional pada musim ini ialah Altimet dan Datuk Syafinaz.
Sementara itu, pemarkahan para protege pada musim ini turut dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri dan 40% undian awam.
Undian atas taluan pula boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia.
Juara Mentor Milenia tahun ini bakal menerima menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019.
Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3.
Saksikan Mentor Milenia yang bakal dihoskan Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM).
Mentor Milenia musim terbaru ini bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.