Bersempena dengan bulan Ramadan ini, pelakon versatil, Fasha Sandha sering dilihat tampil manis berhijab menerusi mana-mana majlis keramaian.
Malah, Fasha juga ada berkongsi dirinya berbuka puasa bersama ibu mertua, anak-anak dan rakan artis di sebuah restoran, malam tadi.
Dalam pada itu, isteri kepada Aidil Aziz turut mendedahkan sikap sebenar ibu mertuanya itu.
“Ibu mertuaku ni pemalu orangnya. Kuat gelak macam suami kita jugak. Tak dapat nak tag ibu sebab ibu takde FB takde Instagram..
Ads
“No time for social media katanya,… Masanya hanya untuk family.. ,anak2 dan cucu. Awww sweet kan.. terima kasih ibu sebab sayangkan Sha,Rayfal dan Jemyma dan Family,” tulisnya.
Aktress jelita, Nora Danish menjelaskan dirinya pernah berasa kurang selesa kerana sering diawasi pengawal peribadi.
Bagaimanapun, Nora mengakui apa yang dilakukan oleh suaminya itu adalah untuk kebaikkan dirinya sendiri juga.
“Dulu saya tak selesa langsung. Kadang-kadang saya minta mereka ke belakang sikit dan jangan terlampau rapat.
“Tapi Nedim (suami) kata at least dia nak bodyguard ikut saya untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
“Memandangkan, sekarang ni ada macam-macam kes seperti rogol, simbah acid, mencuri dan sebagainya. Itu kerisauan dia sebenarnya.
“Saya pula tak pandai jaga diri, handphone pula tinggal merata-rata dan pengurus peribadi pun tiada. Jadi, mereka jelah yang akan menjaga saya,” katanya kepada MH.
Nora berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Ramadhan Astro 2019 bertempat di Astro All Asia Broadcast Center, Bukit Jalil pada Selasa.
Ketika ditanya adakan dia berasa selamat sepanjang diawasi pengawal peribadi, ini jawapan yang diberikan Nora;
“Still rasa tak selamat sebab kalau orang nak buat apa-apa dari jauh pun boleh.
“Tapi InsyaAllah selamat semuanya menjadi lebih baik jika kita lebih berhati-hati.
“Malah ada di antara mereka pun sebelum ini pernah terlibat di dalam pasukan beruniform,” jelasnya.,
Dalam perkembangab lain, drama terbaru lakonan Nora bertajuk Iman akan ditayangkan bermula 1 May 2019 di saluran Ria dan Ria HD pada setiap Isnin hingga Selasa jam 9.00 malam.
Tular hari ini kontroversi membabitkan seorang lelaki mirip Aliff Aziz yang didakwa kantoi curang, ‘check in’ dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Mell di laman sosial.
Bagaimnapun seperti biasa, masih ada netizen yang tersalah anggap dan terus menerus mengkritik Alif Satar kerana nama awal yang sama.
Malah kolaborasi terbaharu bersama kumpulan nasyid Raihan menerusi lagu Sesungguhnya dikatakan tidak mampu mengubahnya ke arah kebaikan.
Menjengah ke Instagram Alif Satar, penyanyi ini dilihat sedang meninjau suasana di bazar Ramadan Kampung Baru bersama teman-teman.
Apa yang lucu, tindakannya berjalan di tengah-tengah menyebabkan netizen mengkritik mengatakan mereka bukan kumpulan Westlife untuk berjalan beriringan.
“kn dh pesan g bazar jgn jalan reramai mcm grop bsb westlife pula.”
Malah, ada yang memintanya menyanyikan lagu Sesungguhnya.
Apa-apa pun pesan MH, jangan tersalah orang.
Foto : Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam tular kisah seorang kanak-kanak, Nur Syiffa Auni yang mengidap Hydrocephalus atau dikenali sebagai penyakit kepala besar yang mana merupakan kondisi penumpukan cairan di dalam otak.
Netizen berpakat menyeru nama Datuk Seri Aliff Syukri di ruangan komen di atas sifat dermawannya.
Nyata usaha itu berjaya apabila usahawan kosmetik ini memohon agar dipertemukan dengan Syiffa dan keluarganya.
“Saya nak jumpa kalau boleh sebelum raya..tak sanggup nak tengok…. kesianya.. terlalu byk org tag sy minta sy bantu baby ini.. siapa boleh tolong bantu sy utk bertemu dgn baby ini??? saya nak beri duit , bekalan makanan ,produk @as.legacymalaysia kalau boleh secpt mungkin.. atau blh call pejabat saya 0361512037,” tulisnya.
Keadaan kesihatan kanak-kanak istimewa ini nyata meruntun hati netizen.
Bagi netizen yang ingin melawat dan melihat sendiri keadaan keluarga ini, boleh berbuat demikian di alamat SA 43, Lorong 2, Kampung Tengah, 47150 Puchong, Selangor atau membuat sumbangan di akaun MAYBANK – 1123 6201 5253 (Yaakob bin Abd Rahim – bapa) atau hubungi Puan Safia Nasir, 016 908 7760.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga kita sama-sama dapat meringankan beban Syiffa dan keluarganya.
Foto : Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.