Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat akui dia mengalami banyak perbezaan yang ketara sewaktu hamil anak kedua jika ingin dibandingkan dengan kehamilan yang pertama.
Menurut Ayda yang kini sedang giat menjalani penggambaran filem Bukan Cinta Sempurna, dia juga terkejut apabila badannya masih mampu bekerja meskipun usia kandungan sudah memasuki lima bulan.
“Pengalaman mengandung kali kedua ini sememangnya berbeza. Ada perkara ketika hamil anak pertama yang saya tak boleh buat tapi saya boleh buat ketika hamil anak kedua ini.
“Saya terima tawaran berlakon ini sebaik sahaja saya tahu yang saya hamil. Saya rasa badan saya boleh terima untuk melakukan kerja ini.
“Sewaktu hamil anak pertama, saya memang tak boleh bangun, balas mesej dan tak mahu bekerja langsung. Kali ini saya sangat aktif.
“Namun, ada juga hari yang terpaksa kita hentikan penggambaran sebab sakit belakang atau banyak berjalan. Hal ini memang tak boleh nak dielakkan. Saya terpaksa mohon maaf kepada team produksi,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon dan pengacara, Nabil Mahir itu berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama berkenaan yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu Nakal ini turut mendedahkan dirinya tidak mengalami sebarang alahan pelik tetapi dia agak sedih kerana tidak dapat minum minuman kesukaannya.
“Saya tiada mengidam yang pelik-pelik. Namun, ada benda yang saya sangat suka tapi saya tak boleh nak amalkan ketika ini dan ia membuatkan saya sedih hampir setiap hari iaitu minum Milo.
“Saya sendiri tak tahu kenapa? Bila saya minum, saya akan muntah. Badan saya ini boleh dikatakan memang sudah sebati dengan Milo. Hari-hari kena minum Milo.
“Saya cuba minum sejak dari awal kehamilan, memang tak boleh. Hari berikutnya pun sama.
Ads
“Saya cuba lagi selepas trimester pertama mengharapakan hal tersebut berubah tapi sama juga,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai reaksi Nabil ketika dia memutuskan untuk bekerja ketika hamil, Ayda mendedahkan suaminya itu sentiasa menunjukkan sokongan dan memudahkan urusannya ketika penggambaran.
“Nabil memang tiada masalah kalau saya bekerja. Malah, dia pula yang bekerja secara mobile kerana dia mahu bawa saya ke tempat penggambaran hari-hari.
Ads
“Jika dia ada kerja atau mesyuarat, dia akan lakukan secara atas talian atau lari sekejap. Kemudian, dia datang semula ke tempat saya.
“Saya rasa selamat bila suami ada di sebelah saya. Semasa penggambaran, saya harus melakukan banyak perkara, jadi, dia banyak bantu memudahkan urusan saya,” akhirnya.
Semalam, Nabil dan Ayda telah membuat pengumuman istimewa memaklumkan mereka kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua.
Sekadar informasi, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kasihnya Allah kepada hambaNya, ditutup rapat segala aib diri sehinggakan kita terlihat mulia pada pandangan manusia.
Perkongsian Linda Rafar mengenai peringatan menjaga aib sesama manusia bertepatan dengan apa yang terjadi ketika ini.
Jelasnya tiada keperluan untuk menghebohkan atau memburukkan seseorang kepada individu lain semata-mata untuk menyebarkan aib.
Dia memohon untuk sama-sama menjaga aib agar aib diri sendiri turut terpelihara di sisi Allah.
“Sudah tentunya kita tidak suka orang menceritakan tentang keburukan kita. Begitu juga dengan orang lain. Setiap manusia ada keburukan dia, ada kesalahan yang dia lakukan.
“Semua itu adalah aib dia. Tapi baiknya Allah, kasihnya Allah, sayangnya Allah pada hamba Dia, Allah tutup aib kita. Sehinggakan kita nampak mulia, nampak baik di sisi manusia.
“Cuba bayangkan kalau Allah buka segala apa yang kita lakukan, kemungkaran, dosa yang kita lakukan, Allah buka aib kita. Betapa hinanya diri kita ini di mata manusia, apatah lagi disisi Allah SWT.
“Sebab itu jangan sesekali kita merasakan diri kita ini mulia. Sedangkan yang menjadikan kita ini mulia adalah Allah SWT. Bagaimana kita nak menjaga aib kita? Cara untuk kita menjaga aib kita adalah dengan kita menjaga aib orang lain.
“Tidak sesekali Allah menutupi aib hamba Dia melainkan hamba Dia menutupi aib orang lain,” kongi Linda menerusi rakaman pendek ceramah agama yang dimuat naik.
“wahai manusia!!!!
“Cara untuk kita jaga aib kita adalah dengan cara kita menjaga aib orang lain. Bagaimana ? Tak perlu nak hebohkan, sebarkan kesalahan orang pada kita, keburukkan orang pada kita atau keburukkan orang pada sesiapa sahaja. InsyaAllah bila kita jga aib orang lain maka Allah akan jagai Aib kita.
“Semoga bermanfaat. Jom Kongsi dan tag yng lain ya.
“Speaker : @alifteega .
Jom guys, kongsikan diruangan comment input, ilmu, atau apa2 manfaat tambahan. InsyaAllah bila orang lain baca dan berubah kita juga mendapat pahala. Amin.
Di samping itu, bintang drama bersiri Kampung People ini turut berkongsi momen kelakar sebagai ibu bapa yang pertama kali menghantar anak menghadiri sesi persekolahan.
“Tajuk Album, ngintai manja dari tirai pintu berkaca bulat.. Kepompom turut Serta ngintai session,” tulisnya.
Hubungan antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, difahamkan pernah melalui detik tegang apabila Ariz mendakwa, dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember...