Bagi penonton drama rantaian Scammer yang kini bersiaran menerusi slot Mega Drama Astro, pasti sinonim dengan watak Amy yang dilakonkan pelakon Siti Saleha.
Lakonan mantap Siti Saleha sebagai seorang ‘scammer’ nyata membuatkan ramai yang terkesan dengan watak yang dibawa meski dia terpalit dengan jenayah penggubahan wang haram.
Bagaimanapun, Scammer yang baru sahaja memasuki episod awal telah ‘matikan’ watak Amy dan ia membuatkan ada penonton yang tak puas hati kerana Amy disiafatkan mati terlalu cepat.
Luahan tersebut dikongsikan peminat menerusi pautan posting babak Amy yang dimuat naik Siti Saleha di Instagram.
“Gila tak sedih. I suka sangat dengan watak Amy ni,” tulis seorang peminat.
“Kenapa Amy yang mati? No mode strong & smart #ladyinred scammer. Amylah satu-satunya scammer dalam cerita ni yang paling baik hati. Banyak dia tolong Joe & Fawas walaupun kena betrayed dengan partner sendiri,” kongsi peminat memberikan pendapat.
Drama Scammer terbitan Radius One Sdn Bhd yang diarahkan oleh Norhanisham Muhammad atau Labu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Fasha Sandha, Kamal Adli, Jay Iswazie, Didie Alias, Hasnul Rahmat, Chew Kin Wah dan ramai lagi.
Scammer yang mula ditayangkan pada 24 Mei lalu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.
Foto: Instagram Siti Saleha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Hamidun berkongsi detik menyayat hati apabila memaklumkan dia ada terjumpa seekor kucing yang sedang mengerang kesakitan sewaktu dia tiba di pejabat awal hari ini.
Jelas Hafiz, kucing tersebut mengalami kesukaran saat melahirkan anaknya sehingga menyebabkan anak kucing tersebut tersangkut di bahagian perut lalu mati.
“Jangan buang kucing merata-rata, tambah pula bila kucing tu dah bunting.
Tadi saya jumpa kucing ni di Lif bawah office saya. Bunting.
“Tapi lepas tu… saya bau macam bangkai rupanya… dia dah lahirkan seekor, tapi tak keluar habis. So anak dia mati, kepala masih dlm perut.
“Kebetulan ada kakak cleaner di situ, saya minta carikan kotak. Kemudian saya masukkan dia dalam kotak, sebab saya nak kena naik pejabat jap ambil barang,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Jodoh Berdua ini menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, kucing tersebut telah bergegas dibawa ke sebuah klinik veterinar dan doktor telah pun melakukan pembedahan untuk membuang anak kucing yang tersangkut itu.
“Meanwhile, saya minta tolong kawan saya dari @catzoniamy untuk hantarkan ke Vet. Yang terdekat di TTDI.
“Tq kakak-kakak Catzonia tolong hantarkan dia, sementara tunggu saya sampai. TTDI Vet memang saya dah selalu pergi. Dr Clement Anthony terus buat operation untuk buang fetus yang tak keluar tu,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Hafiz turut memaklumkan dia kini sedang mencari sesiapa sahaja yang sudi untuk menjaga kucing tersebut sebaik sahaja dia dilaporkan sembuh nanti.
“In 3 days saya akan update balik. Nanti kalau ada yang nak adopt, saya bagi info.
Saya tanggung semua kos operation kucing ni… sebab kesian. Saya tak dapat nak bawak balik rumah, sebab saya pun ada 11 ekor.
“If you guys stay in PJ area / TTDI area dan nak adopt “Lucky”… nanti saya bagitahu bila “Lucky” dah sembuh ok.
“Saya minta Dr Clement terus mandulkan dia… semoga “Lucky” sihat lepas lalui keadaan trauma ni. Mohon sebarkan ya… kucingnya cantik… bulu pun cantik,” akhirinya.
Sumber: Instagram Hafiz Hamidun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Achey yang kini muncul menerusi single kedua berjudul Sembuh tidak menafikan gelaran pelawak yang dibawa pada mulanya itu secara tak langsung membuka ruang untuk dirinya meneroka cabang seni lain.
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia pada peringkat awalnya tidak menyangka lagu diterima ramai dan bersyukur atas penerimaan baik yang diberikan.
“Saya pada mulanya nak hasilkan karya atau lagu ini sebagai satu lagi cabang lain dalam diri. Jadi, bidang nyanyian ini adalah sesuatu yang saya suka. Alhamdulillah, ia diterima. Walaupun saya bermula sebagai pelawak, tapi saya diterima baik.
“Mungkin juga disebabkan kisah hidup saya dan keluarga atau suara saya ketika membuat komedi, saya diterima ramai.
“Alhamdulillah, bermula dengan lagu pertama sampai sekarang, masih diterima. Sangat positif perkembangan,” katanya.
Bagaimanapun, Achey mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dan cuma mengambil input baik daripada seniman negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
“Tapi untuk menjadi penyanyi profesional, saya berasakan belum layak. Sebab mungkin dari sudut pandangan orang, saya asal pelawak. Tapi kalau diterima, mungkin ia boleh.
“Macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee, dia juga pelawak dalam setiap filem lakonannya dan juga penyanyi profesional.
“Jadi, tak salah jika saya mengambil inisiatif sama dan mengambil konsep itu. Walaupun saya pelawak, mungkin boleh menjadi penyanyi profesional.
“Tapi, saya kalau diterima, saya mungkin kena belajar banyak perkara terutama teknik nyanyian,” katanya lagi.
Muzik video rasmi Sembuh yang dilancarkan selepas single pertamanya, Sakit sudah pun menerima lebih 500,000 penonton selepas seminggu ia di muat naik di YouTube.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Stesen TV3, menyambut ulang tahun yang ke-37, hari ini. Sejak mula beroperasi pada tahun 1984, TV3 menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mendapatkan laporan berita terkini dan kandungan program yang berkualiti sebagai sumber ruji kerohanian mereka.
Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, beliau berterima kasih kepada semua penonton setia stesen ini dan berharap agar anda terus mendapat manfaat dan terhibur dengan kepelbagaian program yang disajikan.
Ketika rakyat Malaysia sedang memerangi pandemik Covid-19, TV3 tidak lupa akan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyalurkan info terkini dan saranan kerajaan menerusi slot berita, bual bicara dan dokumentari faktual.
Terkini, kru Majalah 3 telah membuat liputan eksklusif di PKRC MAEPS, Serdang dan Hospital Sg.Buloh, memaparkan kisah sebalik tabir petugas barisan hadapan bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa pesakit kritikal Covid-19.
Paling meruntun jiwa adalah saat-saat akhir pesakit kritikal berkomunikasi dengan keluarga mereka. Episod ini mencapai 4 juta penonton ketika disiarkan pada 17 Mei 2021, pukul 9.00 malam.
Bersempena Ulang Tahun TV3 yang ke-37 juga, Tanyalah Ustaz menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama membaca Surah Yasin secara serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan negara yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan juga mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
Bacaan Yasin ini akan dibawakan oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Ustaz Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Tanyalah Ustaz diteruskan dengan episod istimewa iaitu ‘Sampaikan Walau Satu Ayat’ bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke 37 pada pukul 6.30 pagi bersama hos Da’i Hadhari dan Da’i Hakim.
Penonton juga boleh turut serta memeriahkan ulangtahun ini dengan berkongsikan pengalaman melalui video dan gambar bersama keluarga menerusi tanda pagar #tv3ulangtahun37 #BacaanYasinTanyalahUstaz #kesejahteraannegara di laman sosial untuk sama-sama kita mengimarahkan majlis ini.
Tidak ketinggalan juga program TV3 yang sentiasa mendapat hati di penonton setiap kali tibanya bulan Ramadan iaitu Jejak Rasul.
Sepanjang 26 musim, Jejak Rasul membawa penonton TV3 mengembara ke bumi anbia di Asia Tengah, Asia Pasifik, Eropah, Benua Oceania dan Amerika Syarikat untuk memaparkan kisah nabi dan rasul, sahabat dan juga komuniti muslim.
Musim ke-27 menawarkan sedikit kelainan di mana ia membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.
Lokasi strategik yang terletak di laluan dagang sutera menghubungkan dunia Timur dan Barat, dengan pelabuhan-pelabuhan di daerah pesisir Tanah Melayu dipercayai menjadi pintu masuk alim ulama.
Catatan perjalanan kru Jejak Rasul akan dizahirkan dalam sebuah mini pameran yang berkolaborasi dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Program hiburan yang sedang berlangsung di TV3 iaitu I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) dan Sumbang Suara akan menceriakan malam Ahad anda.
Ikuti kedebaran artis jemputan untuk mengenal pasti penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri ICSYMY4 yang dihoskan oleh Sean Lje dan Shuk Sahar serta dibantu oleh panel penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey.
Sumbang Suara pula pasti membuatkan anda pecah perut dengan gelagat hos Elly Mazlein dengan Dato’ Awie dan Hazama yang perlu mencari video nyanyian suara sumbang yang paling menghiburkan!
Slot drama di TV3 seperti slot Akasia, Lestary dan Samarinda tidak pernah mengecewakan peminat drama Melayu. Akan datang di slot Akasia bermula 2 Jun 2021, saksikan gandingan baharu Farid Kamil dan Mimi Lana menerusi drama bersiri Masih Ada Rindu.
Bagi program animasi pula, penonton cilik pasti tidak asing lagi dengan Ejen Ali. Terkini, Ejen Ali juga mengeluarkan rangkaian produk penjagaan diri dan hand sanitizer meningkatkan kesedaran adik-adik tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dalam pandemik Covid-19. Jangan ketinggalan untuk menonton animasi kegemaran anda, Ejen Ali pada setiap hari Sabtu, pukul 11.00 pagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.