Gempar! Puteri Jepun, Puteri Mako mengumumkan akan menangguhkan perkahwinannya dengan pasangannya yang merupakan rakyat biasa dengan alasan ‘belum bersedia’.

Sepatutnya perkahwinan tersebut akan diadakan pada November ini bakal menjadi salah satu momen bersejarah buat keluarga Diraja Jepun yang diketuai Maharaja Akihito yang akan turun takhta pada April 2019 kelak.

“Setelah memikirkan semula keputusan untuk berkahwin, kami berdua berasa masih belum bersedia dan menyesal.

“Banyak perkara dilakukan secara tergesa-gesa sedangkan kami sepatutnya memikirkan masak-masak mengenai masa depan kami berdua.

“Oleh itu, saya ingin mengambil serius mengenai perkahwinan dan berfikir sedalam-dalamnya mengenai perkara ini serta diberikan tempoh masa untuk mempersiapkan diri memasuki alam perkahwinan,”katanya menerusi satu kenyataan awal minggu ini.

Terdahulu, keluarga Diraja Jepun mengumumkan bahawa puteri mereka merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya selama lima tagun yang ditemui semasa belajar di International Christian Universiti di Tokyo.

IKLAN

Tak Bersedia Punca Puteri Mako & Pasangan Tangguh Kahwin?

Dalam pada itu, berita penangguhan perkahwinan tersebut sudah sampai ke telinga datuk dan nenek Puteri Mako iaitu Maharaja Akihito dan Permaisuri Michiko. Kedua-dua mereka menghormati keputusan yang dibuat oleh cucu mereka.

IKLAN

“Kami minta maaf kerana menimbulkan masalah dan beban kepada mereka yang selama ini menyokong kami,” katanya menerusi kenyataan Diraja.

MH difahamkan bahawa dalam undang-undang Jepun, perkahwinan tersebut akan membuatkan puteri tersebut kehilangan status Dirajanya.

Tak Bersedia Punca Puteri Mako & Pasangan Tangguh Kahwin?

IKLAN

Perkara tersebut terjadi kepada ibu saudaranya, Sayako yang merupakan anak kepada Maharaja Akihito apabila dia mengahwini perancang bandar, Yoshiki pada tahun 2005.

Sumber: CNN

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI