Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Nabila Huda atau lebih mesra dengan sapaan Abil mengimbau perkongsian suka duka kehidupannya sebelum ini, sekitar setahun lalu.
Di samping menzahirkan rasa syukur, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengakui kehidupannya kini semakin bertambah bahagia meski pelbagai rintangan dan cabaran hidup telah ditempuhinya.
“THROWBACK 1 YEAR YOUNGER.I’m happier now because i want to be happy. I chose to be happy.
“Takkan ada hidup yang akan terus bersedih. Takkan ada hidup yang akan terus murung, atau sunyi selamanya. Biar pun 10 atau 15 tahun menunggu waktu tu tiba, bahagia itu pasti akan datang.
“You always have a choice. If you choose sadness, sampai bila pun bersedih je la kehidupan. Kalau dalam fikiran asyik cakap itu susah ini susah, susah lah kamu,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun ini turut menitipkan kata nasihat kepada orang ramai yang masih dibelenggu rasa kesedihan untuk terus kuat dan tabah meneruskan kehidupan.
“Abil tau some of you are sad today, down, lost. Tiba-tiba i rasa nak share this post supaya korang inspired and terus kan perjalanan korang dengan senyuman.
Ads
“Abil nak korang percaya, apa yang korang nak dalam hidup korang, benda tu akan datang. Cuma bila tu,kite taktau. Just enjoy your journey , live life to the fullest.
“Don’t complain too much! Smile more , be humble and be thankful. Sentiasa,” tulisnya lagi.
Hari ini industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan khabar kematian salah seorang pemain drama bersiri popular Snowdrop, Kim Mi Soo.
Memetik laporan Soompi, Kim Mi Soo meninggal dunia pada usia 31 tahun.
Khabar duka itu turut disahkan oleh pihak agensinya, Landscape Entertainment.
“Kami punyai khabar yang cukup berat untuk dikongsi. Aktres, Kim Mi Soo telah meninggal dunia secara mengejut pada 5 Januari 2022.
“Keluarga dan sahabat terdekat sangat berdukacita mendengar khabar ini.
“Kami memohon agar tidak ada pemberitaan bersifat spekulasi mengenai kematiannya demi menghormati perasaan keluarga yang masih terkejut dengan pemergiannya,” kata kenyataan yang dikeluarkan pihak agensi.
Bagaimanapun, hingga kini, punca kematian bintang tersebut masih belum diketahui.
Kim Mi Soo akan disemadikan di Sungsim Funeral Home dan ia akan dilaksanakan secara tertutup atas permintaan keluarga.
Sepanjang kariernya, Kim Mi Soo telah pun membintangi pelbagai drama antaranya Hi Bye Mama, The School Nurse Files dan Yumi’s Cells.
Malah, drama terbarunya yang berjudul Snowdrop kini sedang ditayangkan dimana Kim Mi Soo membawa watak sebagai Jung Ming yang juga merupakan sahabat baik kepada Young Ro yang dimainkan oleh Jisoo Blackpink.
Kim Mi Soo difahamkan membuat debutnya sebagai pelakon pada 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Soompi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lebih 25 tahun bergelar bapa tunggal, hos terkenal, Datuk Aznil Nawawi mendedahkan dirinya kini sudah terbiasa dengan situasi berkenaan.
Malah saban tahun melalui fasa hidup solo tanpa insan bernama isteri di sisi, pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu tidak menjadikan soal jodoh sebagai keutamaan untuk dipertimbangkan.
Baginya yang mesra disapa Pak Nil, apa yang lebih utama ketika ini ialah untuk meneruskan kehidupan dan survival yang dimulakan sejak lebih tiga dekad lalu dengan meletakkan kerja seni dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.
Bintang yang bakal mencecah usia 60 tahun pada November depan itu juga memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga anaknya, Fildza Haifa, Fariq Haizen dan Firdaus Hariz.
“Anak saya pun tak pernah tanya fasal jodoh. Mereka pun tahu dan selalu nampak papa (diri saya) asyik sibuk tak habis-habis. Anak sulung saya sendiri pun jenis wanita bekerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan.
“Namun hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun tinggal dengan saya,” katanya.
Kata penyanyi lagu Apo itu lagi, dalam mendidik anak, dia juga menggunakan pendekatan sama seperti ibu bapa lain.
“Saya didik mereka untuk hormat orang tua. Saya juga ajar mereka untuk sentiasa kena pandai buat keputusan sendiri dengan betul.
“Saya dan mereka pun hidup dalam era yang berbeza. Ada benda yang mereka tempuhi, saya tidak lalui. Begitulah sebaliknya.
“Paling utama dalam setiap langkah mereka, saya selalu ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan atau bertindak,” katanya.
Sementara itu, Pak Nil yang telah dilantik sebagai duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, sejak Mei tahun lalu akui berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk menjadi wajah wakilan tersebut selama dua tahun.
Malah bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu lagi, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar ‘melobi’, tetapi meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.
“Saya sedar penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu memberi kesan kepada ramai orang. Ia termasuk dalam aspek perbelanjaan ekonomi.
“Oleh itu, saya berbincang dengan Nakada untuk mengadakan sesi belian harga istimewa. Permintaan itu dipersetujui mereka dan sekali gus membolehkan orang ramai memiliki barangan jenama itu dengan harga runtuh.
“Setiap minggu saya akan buat satu jam sesi siaran langsung di media sosial. Dalam tempoh itu, belian harga duta membolehkan pengikut media sosial membeli barangan jenama itu dengan potongan harga sehingga 70 peratus.
“Jika di Malaysia, saya menjadi pilihan mereka. Namun di pasaran Hong Kong, posisi duta dibawa selebriti Kiki Sheung sejak lebih 10 tahun lalu. Kebetulan ketika saya mencari butiran mengenai dirinya (Kiki), kami sebaya iaitu 59 tahun.
“Ternyata jenama ini lebih memilih artis senior berbanding budak baru nak ‘up’. Pengalaman itu lebih mahal nilainya. Saya juga anggap ini rezeki di era pandemik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi remaja,Vanessa Reynauld mendedahkan dia sebelum ini pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ seawal usia kanak-kanak sehingga ada ketikanya dirinya rasa takut untuk ke sekolah.
Vanessa,21, berkongsikan pengalaman tersebut menerusi satu entri di Instagram.
Penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Separuh Nyawa di samping Naqiu itu bercerita mengenai situasi yang pernah dilaluinya.
“Saya ternampak situasi yang membuat saya ‘trigged’. Ada seorang perempuan ini berbadan besar, dia nak beli baju.
“Tapi kedai itu tak banyak pilihan baju untuk mereka yang berbadan besar. Pembantu jualan itu pun layan tak layan, pandang atas bawah,” katanya dalam hantaran video.
Bintang muda ini menerusi ruangan kapsyen turut menjelaskan, dia kini cuba sebaik mungkin untuk mengendalikan setiap kritikan berbaur negatif yang diterima.
“Realitinya, kita semua tak sempurna, hanya kita boleh ubah pemikiran terbabit dan mencintai diri sendiri.
“Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini, tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas. Sebenarnya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu.
“Semenjak kecil lagi saya selalu kena ejek sampai pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah! Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semulajadi saya yang cantik ni.
“Hey, kalau pergi salun nak buat rambut macam ni mahal tau! Walaubagaimanapun, saya berjaya menghadapi perkara itu.
“Walaupun saya masih lagi terima kecaman tentang penampilan, ia tidak seburuk dahulu kerana saya dah pandai untuk mengendalikannya,” tulisnya.
Tambah Vanessa lagi, dia lebih kuat kerana mahu memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga, terutama kepada abangnya yang menghidap sindrom down.
“Dari program Ceria Popstar sehingga ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36, walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, perjalanan ini sangat panjang dan mencabar.
“Walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi memang susah nak dapatkan penghargaan orang ramai. Tapi tak mengapa, saya tak pernah kecewa kerana ini apa yang saya impikan. Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya.
“Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap sindrom down. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia.
“Christopher adalah cinta sejati kami sekeluarga. Dia buat saya rasa sempurna. Sasaran saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani, jadi satu hari nanti sata boleh sediakan keperluan abang saya.
“Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dialah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya,” tulisnya lagi.
Dalam hantaran yang sama, Vanessa turut meluahkan rasa teruja kerana wajahnya dipilih untuk dipaparkan di papan iklan digital terkemuka New York Times Square, Amerika Syarikat bersempena kempen Equal-Spotify.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi remaja ini agar Vanessa tidak berputus asa.
Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari depan.
Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini merupakan hasil ciptaan Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.