Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin ada berkongsi pengalaman dalam menguruskan anaknya, Aisy Mateen, 3 tahun.

Kongsi pemilik nama penuh Norliana Samsudin ini juga, sebagai seorang ibu, dia perlu memiliki idea di luar jangkaan dalam menjaga anak sekali gus mampu mengelakkan pembaziran.

Kisahnya, ada lampin pakai buang yang digunakan Aisy tidak meninggalkan kesan najis.

Lalu suaminya, Fadzil Zahari telah memberikan idea untuk mengelakkan pembaziran dan ini yang dilakukan!

“Semalam malam masa nak mandikan @aisymateen , Yana terus koyakkan diaper pant dia. Alaaaaaa!!!! Lepas koyak tu, baru sedar diaper tu baru je tukar dan takda najis pun lagi.

“So lepas mandikan tu terus cakap dengan suami @fadzilzahari , “sayang, i rasa menyesal tak check dulu diaper ni, bersih lagi… sayang nya membazir.. ramai orang luar sana yang susah perlukan diaper untuk anak dia. Macam mana ni? I rasa bersalah”.

IKLAN

“Lepas tu dia reply, “I pun pernah macam tu yang hari tu, lepas tu i letak soletip. ” Ha!!! Idea!!! 

“So hari ini saya pun DIY lah diaper ini supaya tidak menjadi satu pembaziran.. it work!! Tahan juga!! Haha.

“Lepas tu mateen tanya mommy buat apa ni? Dia macam curiga kenapa kena tampal tampal… Mommy cakap DIY diaper mateen biar tak membazir. Dia jawab oooooooo.

IKLAN

“Akhirnya Mateen happy! ❤THANK YOU sayang ku @fadzilzahari bagi idea DIY ni!!❤🌹🌺 Kadang kadang mak mak ni buntu juga… benda simple je pun hahahaa!

“Ok selesai separuh tugasan jadi ibu dan hati ku dah tenang… nak bagi mateen makan pula… muka ada cengkung sikit sebab baru kebah dari demam panas,” kongsi Yana disertakan video DIY lampin pakai buang itu. 

View this post on Instagram

Semalam malam masa nak mandikan @aisymateen , yana terus koyakkan diaper pant dia. Alaaaaaa!!!! Lepas koyak tu, baru sedar diaper tu baru je tukar dan takda najis pun lagi!!!!! . . So lepas mandikan tu terus cakap dengan suami @fadzilzahari , "sayang, i rasa menyesal tak check dulu diaper ni, bersih lagi… sayang nya membazir.. 😭 ramai orang luar sana yang susah perlukan diaper untuk anak dia. 😢 macam mana ni? I rasa bersalah. " Lepas tu dia reply, i pun pernah macam tu yang hari tu, lepas tu i letak soletip. " Ha!!! Idea!!! 💡💡💡💡💡💡💡 . . So hari ini saya pun DIY lah diaper ini supaya tidak menjadi satu pembaziran.. it work!! Tahan juga!! Hahaha . . Lepas tu mateen tanya mommy buat apa ni? Dia macam curiga kenapa kena tampal tampal… Mommy cakap DIY diaper mateen biar tak membazir. Dia jawab oooooooo… . . Akhirnya Mateen happy! ❤️THANK YOU sayang ku @fadzilzahari bagi idea DIY ni!!❤️🌹🌺 Kadang kadang mak mak ni buntu juga… benda simple je pun hahahaa!!!! . . Ok selesai separuh tugasan jadi ibu dan hati ku dah tenang… nak bagi mateen makan pula… muka ada cengkung sikit sebab baru kebah dari demam panas… 😻🥰😘 #MateenDanMommy #Tipsbolehgunapakai

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

IKLAN

Sementara itu, menerusi ruangan komen, netizen memuji tindakan bijak pasangan ini yang ‘mengitar semula’ lampin pakai buang itu.

“Tak Ada Najis Lagi,” – Kreatif Suami Yana Samsudin DIY Lampin Pakai Buang Anak, Letak Soletip!

“Tak Ada Najis Lagi,” – Kreatif Suami Yana Samsudin DIY Lampin Pakai Buang Anak, Letak Soletip! “Tak Ada Najis Lagi,” – Kreatif Suami Yana Samsudin DIY Lampin Pakai Buang Anak, Letak Soletip!

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisy Maten, 3 tahun.

Video : Instagram Yana Samsudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI