Dijangka bakal menimang cahaya mata kedua pada Ogos depan, pelakon Shima Anuar mengakui bahawa dia mempunyai ‘perangai’ tersendiri.
Malah, perkara itu dikongsikan Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah Anuar menerusi Instagramnya.
“Lately ni dia selalu kena marah dgn mommy. Mommy dah tak larat sgt, perut makin besar, cepat penat, and dia banyak sgt meragam. Tp bila fikir2 balik, nak marah lebih2 pun bukan dia faham lagi. And all she wants is attention,
“So this time memang kena banyakkkkkk sgt bersabar. Walaupun kadang2 sabar tu hilang tak tau pegi mana. 😅Mommy love you so much Sophia. Nothing can change that. Please be good. Especially bila mommy dah deliver adik nanti. 😢 #1y7mbabygirl#33weekspregnantbabyboy,” tulisnya disertakan video yang dirakam memaparkan aksi Shima memeluk anak sulungnya, Marian Sophia.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai diatas perkongsian pelakon filem Highlands Tower itu.
Ads
Untuk rekod, Shima berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.
Pelakon senior, Zarina Zainuddin meluahkan rasa terharu apabila melihat gelagat salah seorang anaknya, Muhammad Raizal Azrai, yang tetap mahu sempurnakan solat meski dalam keadaan yang kurang sempurna.
Menurut Zarina, anak bujang berusia 23 tahun yang mesra disapa Azal itu tetap mahu tunaika solat, hingga sanggup menggunakan kain sembahyang ibunya kerana seluar kotor.
“Azal nak solat dia guna kain saya kain pelikatnya dah basah seluar panjang dah kotor.
“Dia buat juga walau pun dalam keadaan dia macam tu.. walau tak berapa betul solatnya.
“Mudah-mudahan Allah terima amalanya kerana dia iklas mengadap yang Satu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram.
Heroin Bollywood yang cukup terkenal di negara ini telah dilahirkan pada tanggal 15 Mei 1967 dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Divine Child.
Selepas itu, Madhuri menyambung pengajian di dalam bidang mikrobiologi di Universiti Mumbai, India.
Bukan sahaja memiliki wajah yang menawan, Madhuri ternyata sangat berbakat dalam bidang lakonan apabila dia pernah menerima enam Anugerah Filmfare, empat untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, satu untuk kategori Pelakon Terbaik dan satu anugerah khas.
Sudah memiliki lebih 16 juta pengikut di laman media sosial Instaram membuatkan bintang Bollywood ini tidak henti-henti menerima pujian daripada peminat.
Rata-rata peminat memuji wajah Madhuri yang sentiasa kelihatan awet muda seperti tak dimamah usia.
Sangat mengimbau kenangan apabila melihat wajah Madhuri, sudah pasti akan teringatkan watak Pooja menerusi filem Dil To Pagal Hai.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.