Selepas pulang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah bersama keluarganya, pelakon Emelda Rosemila dilihat kerap berkongsi foto dirinya memakai hijab di akaun Instagram.

Malah, penampilan Emelda mengenakan hijab mendapat perhatian dan pujian daripada peminat dan dia sendiri ada meminta peminat agar terus mendoakan.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji Emelda kelihatan sangat ayu dan jelita apabila memakai hijab.

“2020, perhaps? Have a beautiful day!,” tulisnya menerusi salah satu posting terkininya.

View this post on Instagram

2020, perhaps?😁 • Have a beautiful day!💙

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

IKLAN

Bagaimanapun melihat ke ruangan komen, ada seorang individu memberikan komen terhadap perkongsian bintang berusia 39 tahun itu.

“Elok lah start terus. Tak payah tangguh2. Dah kawin, ada bisnes… x de apa nk di kejar dah dlm dunia hiburan,” tulis individu tersebut.

“Tak Ada Apa Nak Di Kejar Dah Dalam Dunia Hiburan,” – Ada Minta Emelda Rosmila Segera Turup Aurat, Ini Respon Tuan Badan

IKLAN

Lalu, bintang ini ada memberikan respon terhadap komen individu berkenaan.

“InshaaAllah, dunia hiburanlah tempat Allah bagi rezeki kat saya,” balas Emelda.

IKLAN

“Tak Ada Apa Nak Di Kejar Dah Dalam Dunia Hiburan,” – Ada Minta Emelda Rosmila Segera Turup Aurat, Ini Respon Tuan Badan

Terdahulu, Emelda dan keluarga menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah, bulan lalu dan ia menjadi pengalaman terindah tahun 2019.

View this post on Instagram

Im back from social media detox! Fuhh! Away from everything, dgn harapan utk khusyuk dalam ibadah umrah dan mendapat keredhaNYA. Alhamdulillah Mel sekeluarga telah selamat tiba diKuala Lumpur, setelah 3minggu berada diperantauan, cewahh!😄 • Syukur Alhamdulillah sekali lagi dijemput menjadi tetamu Allah Swt, yg kali ini lebih bermakna kerana Edra ada bersama. 9 tahun yg lalu hanya bertiga, kali ini berempat melakukan ibadah umrah yg mudah2an sempurna dan mabrur. • Terima kasih kepada semua jemaah yg berkongsi detik2 indah sepanjang ibadah umrah dan ziarah ketika kami di Madinah & Mekah & Turkey, yg dikelolakan oleh @afanditravel, Dato Ustaz Zaki & Ustaz Afandi yg menjaga dan menyempurnakan segalanya begitu baik dan efficient. Pasti Mel sekeluarga akan merindui kalian. • Gambar nie waktu selesai tawaf umrah yg kedua.❤️

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

Foto: Instagram Emelda Rosmila

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI