Pejam celik, pejam celik usia perkahwinan pasangan selebriti, Amyra Rosli dan suami, Amar Baharin sudah mencecah ke angka enam tahun pada 11 November lalu.
Sempena meraikan hari ulang tahun itu, kedua-dua Amyra dan Amar bertukar-tukar pesanan romantis bagi menzahirkan penghargaan terhadap satu sama lain.
Berkongsikan kompilasi gambar momen bahagia mereka sepanjang enam tahun bersama di laman Instagram miliknya, Amar, 37, berkata dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan Amyra yang disifatkan perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.
“Dah enam tahun dan kami masih kekal bertahan. Banyak perkara yang kita telah lalui bersama. Awak adalah perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya.
“Saya benar-benar bersyukur ada kamu dan teramat bersyukur bila kamu memilih saya menjadi suamimu.
Ads
“Selamat ulang tahun sayang, Amyra Rosli,” tulis Amar di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Amyra, 31, turut membalas ucapan romantis buat Amar dan berdoa agar kebahagiaan yang dibina mereka akan berkekalan sehingga ke syurga.
Ads
“Saya sangat bersyukur apabila hari-hari dapat bangun tidur berada di sisi suami terbaik dalam dunia ini.
“Hari ini kita meraikan ulang tahun keenam perkahwinan dan saya berdoa agar kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke jannah bersama cinta hati, kawan baik dan teman sejiwa saya,” titip Amyra.
Sekadar info, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amyra Rosli, Amar Baharin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi perkembangan anak sulungnya, Ana Nayla yang usianya kini mencecah 10 bulan.
Bertanya kepada peminat, Ayda mendedahkan Ana Nayla kebelakangan ini sukar untuk tidur.
“Since malam semalam, baby susah nak tidur. She will just tidur bila saya pegang and tidur on me. Maybe dia nak tumbuh gigi ke? Gigi atas and bawah memang dah nampak nak keluar dah. Sakit ke?
“Perangai dia lain sikit. More clingy and nangis. Kalau baby sakit, cepat sembuh ya sayang. Mohon semua doakan Ana Nayla sihat!,” luahnya.
Perkongsian tersebut dikongsikan penyanyi lagu Mata ini menerusi Insta Stories, pada Sabtu.
Ayda pada masa sama akui apa yang berlaku menjadi anda sebab untuk belum menerima tawaean lakonan setakat ini.
“Atau dia maybe dia rindu saya? Hari-hari Mommy pergi kerja this week, i even jarang tidur with baby.
“Ni belum start shoot drama lagi. Macam mana ni.. ni lah sebab saya tak terima shooting drama lagi. Tak shoot pun dah busy.
“I wonder macam mana mommies lain can do it. So sad…,” tulisnya lagi.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadya Syahera meluahkan rasa terhadap sikap segelintir peniaga makanan yang didakwa telah menghantar makanan untuk dicuba.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berasa agak rimas apabila sering ditanya dengan pertanyaan sama.
Jelasnya, kalau ikhlas memberi tidak perlu untuk diasak.
Dia bagaimanapun memahami orang yang berniaga, namun tahap kesabaran seseorang juga ada hadnya.
“Awak dah sedekah makanan kat orang tapi janganlah berjuta kali mesej tanya dah makan ke, dah makan ke apa ke.
“Kalau ikhlas memberi tak perlu nak push-push macam-macam kat orang. Nanti daripada orang tu baik hati nak riviu ke apa, terus turn off tak ada selera dah nak riviu.
“Faham awk berniaga, kita kerja tak tentu masa. Sabar itu indah sis. Lama-lama orang dok mesej bertalu-talu minta kita update.
“Lama-lama hilang sabar juga tau,” tulisnya menerusi hantaran di IG Stoeries sambil disusuli dengan tanda palang #maafsistermengadukatsini
Foto: Instagram Nadya Syahera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...