Kumpulan Shiro muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 selepas saingan minggu terakhir di Royale Theatre, Shah Alam di sini, malam tadi.
Gandingan antara Ajak dan Sharol telah meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.
Trio tersebut menewaskan empat pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal komedi.
Ads
Manakala, kumpulan Bocey menjadi naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.
Tempat ketiga dimenangi peserta kumpulan Zero yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi.
Ads
Kumpulan Puteh di tempat keempat diikuti kumpulan Taman di tempat kelima yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.
Ads
Hadiah disampaikan oleh Seniwati Wan Maimunah.
Peserta diadili juri tetap, Douglas Lim, Remy Ishak,Tia Ariffin dan Scha Al-Yahya dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan 30 peratus daripada undian penonton melalui aplikasi Tik Tok.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mira Filzah yang ketika ini sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah sempat berkongsi rasa gembira apabila bilangan pengikutnya di Instagram kini sudah pun mencecah lebih 4 juta pengikut.
Pelakon Pujaan Hati Kanda itu menyatakan rasa gembira dan terima kasihnya itu menerusi salah satu posting di Instagram.
“Thank you my dear followers. 4M is just a number. But to have such positive, genuine followers that always say good things, is a blessing!
“Always remember, “kata kata satu Doa”. I have to admit i deleted and blocked negative comments/people. These people bring negative vibes in your area, your own space, why must keep them?
“But as time goes by, I noticed, when you removed these negative people/comments, you only read good/positive things, automatically your life turns positive. VERY positive. Not just you, but your followers pun jadi positive bila buka media sosial you,” tulisnya.
Pada masa sama, Mira turut rasa dihargai apabila membaca ribuan komen positif yang ditingalkan peminat.
“To read 7000+ positive comments on my previous post saying I’m leaving for Umrah, really touched my heart. Ya Allah, what did I do to received Duas’ from them. Very simple comment such as “Semoga mendapat umrah yg mabrur”, or “Semoga dipertemukan jodoh yg baik” (Haha this one on my latest photo with Abah) but do you know this simple comment is a blessing for me?
“Because this simple comment is a Dua! Thank you. Thank you very very much for all the kind words,” kongsi Mira.
Malah, Mira turut memberitahu mengenai caranya untuk tangani mereka yang sering memberikan komen negatif, hingga ada ketikanya boleh memberi aura yang tidak baik.
For this 2019, let say good things only and be kind to each other. Yes instagram is your digital album, its a medium for you to share your activities and etc but once a while, don’t forget to share good stuffs (it can be quotes, or any informative content) supaya followers kita pun dapat manfaat sekali.
“Here’s an advice. If you don’t like that particular person or particular postings, don’t follow them. Kadang2 bukan kita tak suka pada orang itu (no reason to hate or dislike people) tapi mungkin posting orang itu tidak bersesuaian utk tatapan kita, jadi kita jangan follow!
“Haha. Bukan apa, tapi utk mengelakkan dpd hati kita terdetik, fikiran kita terfikir, mulut kita tercakap dan jari kita “ter”taip benda yg tidak baik. Ini cara Mira. It works for me,” tulisnya panjang lebar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang kecik molek ini telah memberi ucapan selamat pagi dan selamat bekerja kepada peminatnya.
Lantas, netizen terus memuji kecantikan dan keayuan wajah Sari. Malah, netizen juga turut berkata wajah Sari persis seperti anak patung atau ‘Barbie Doll’.
Wah! Memang cantik betul Sari, sama betul wajahnya dengan anak patung. Comel betul!
Apa-apa pun semoga Sari bahagia bersama keluarga tercinta dan sentiasa kekal menawan.
Untuk rekod, Sari Yanti telah berkahwin dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 dan telah dikurniakan satu cahaya mata bernama Dariya Inara , 9 bulan.
Foto : Instagram Sari Yanti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!