Usaha tangga kejayaan! Sering kali kita mendengar ayat ini namun penyanyi, Shila Amzah membuktikan bahawa ia adalah benar.

Apa tidaknya, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 28 tahun kini boleh berbangga apabil tersenarai dalam ‘Forbes 30 Under 30 Asia 2018’ di bawah kategori selebriti.

Dia berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

“Made it to the Made it to the list of FORBES 30 under 30 Asia 2018. Alhamdulillah #forbesU30Asia #alongsidewithBTS ? #army,” tulisnya.

Tahniah MH ucapkan kepada Shila, ternyata usaha dan penat lelahnya selama ini membuahkan hasil.

IKLAN

Para peminat ternyata berbangga dengan pencapaian penyanyi tersebut tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepadanya.

Tahniah! Shila Amzah Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018!

Sebelum ini, Neelofa turut tersenarai dalam senarai tersebut di bawah kategori Runcit dan E-Dagang. Semua individu dipilih oleh para penilai terkemuka dalam bidang masing-masing.

IKLAN

Akan tetapi apa yang menarik perhatian MH di mana kumpulan kegemaran Shila, BTS (Beyond The Scene) turut tersenarai dalam senarai tersebut di bawah kategori selebriti.

Tahniah! Shila Amzah Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018!

IKLAN

Kalau nak tahu, kumpulan tersebut juga merupakan grup kpop pertama yang berjaya menduduki senarai Forbes ini.

Dalam pada itu, Shila turut memuat naik satu lagi foto di laman Instagram miliknya berserta kapsyen menghargai segala ucapan yang diberikan oleh peminat.

Thanks for all the wonderful wishes ❤ Xx

A post shared by 씰라茜拉shila amzah?? (@shahilaamzah) on

Apa-apapun, berita ini tentu sekali amat membanggakan negara. MH sekali lagi ingin ucapkan tahniah kepada Shila!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI