Tahniah diucapkan buat pelakon, Nadiya Nisaa yang memaklumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, 1 Januari lalu.
Aminah Rose diberi, bintang berkenaan turut menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan buat peminat dan keluarga atas doa serta zikir yang diberikan buatnya.
Pelakon filem Terbaik Dari Langit itu mengumumkan berita gembira itu menerusi Instagram, sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua & syukur di atas kebesaranNya saya selamat melahirkan cahayamata ketiga saya, Aminah Rose tanggal 1 Januari 2019 tempoh hari.
Ads
“Terima kasih & rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama disisi menanti kelahiran & tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan. You guys know how much I love you & cherish you.
“Apresiasi saya juga buat Doktor Asmah Yun & staf serta nurse di Hospital Pusrawi kerna menjaga saya & bayi sebaiknya. Semoga tugas murni kalian sentiasa mendapat berkah daripada Allah swt.
Ads
“Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran & kasih yang tanpa batas. Saya beruntung sekali. Please spend more time dengan Omar. Dia tengah jealous dalam diam tu saya asyik dengan baby baru je,” tulisnya panjang lebar sambil mendoakan semuanya dipermudahkan.
Terdahulu, anak kedua yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika berusia sembilan bulan dalam kandungan.
Ads
Nadiya yang mendirikan rumah tangga bersama Saiful Razman Kasim dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Foto; Instagram Nadiya Nisaa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Amelina yang kini muncul menerusi single terbaru berjudul Janda Anak Enam sejujurnya mendedahkan, lagu berkenaan sedikit sebanyak turut berkaitan dengan kisah hidupnya yang bergelar ibu tunggal, lebih lima tahun lalu.
Bagaimanapun kata Amelina, lagu tersebut juga turut ditujukan buat mereka bergelar ibu tunggal, tetapi dalam sisi yang sinis.
“Ia sinis mengisahkan kisah rumah tangga yang dilalui bersama bekas suami. Kiranya, saya mewakili suara wanita yang senasib. Iyelah, sebab apabila sudah berpisah, macam-macam hal yang terpaksa dilalui.
“Pada masa sama, boleh buktikan yang kita (ibu tunggal) ini pun boleh berjaya, dengan kudrat sendiri tanpa suami,” kata penyanyi berusia 45 tahun ini lagi.
Lebih simbolik, lagu tersebut juga boleh dikatakan sebagai kesinambungan kepada lagu lamanya, Anak Dara yang dirakam lebih 20 tahun lalu.
“Dulu kan saya ada rakam lagu tersebut, jadi kini lagu Janda Anak Enam ibarat pelengkaplah kepada lagu tu. Dulu anak dara, sekarang dah berkahwin kemudian berpisah,” seloroh Amelina yang turut menyambut baik sambutan positif peminat terhadap lagu ciptaan adik kepada Iwan Dangdut itu.
“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik. Meski sebulan dilancarkan, ia sudah pun mendapat lebih 159,000 di YouTube setakat ini. Kiranya ia baik, meski promosi belum dilakukan secara menyeluruh,” katanya yang bakal menjalani penggambaran untuk muzik video lagu tersebut dalam tempoh terdekat.
Ibu kepada enam cahaya mata ini ditemui MH di lokasi penggambaran drama 14 episod, Patah Sayap Bertongkat Paruh di Kapar, Klang pada Isnin.
A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on
Berkongsi mengenai pembabitannya dalam drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu, Amelina yang mendukung watak sebagai Maznah memberitahu, dia teruja untuk beraksi di hadapan kamera meski pada awalnya tertekan kerana melibatkan babak yang banyak.
“Memang pada mulanya tak jangka. Ingatkan sebagai penampilan khas sahaja. Bagaimanapun, beberapa hari selepas penggambaran, saya terima lagi skrip untuk dihafal.
“Lalu ia membayangkan babak yang kena shooting pun banyak. Rezeki alhamdulillah,” jelas Amelina yang turut kagum dengan semangat para pelakon lain.
A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on
Selain Amelina, drama bersiri arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Jalil Hamid, Lydiawati dan ramai lagi.
Foto: Instagram Amelina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan terkenal, Vivy Yusof hujung minggu lalu telah pun mengadakan majlis akikah buat anak bongsu, Sarah Ilham Shah. Majlis yang dilangsungkan secara meriah itu telah dilakukan di TPC Kuala Lumpur.
Menerusi hiasan pelaminan khas bayi serta dekorasi indah yang melatari, majlis akikah turut dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.
Vivy dan suami, Fadza Anuar serta anak-anak tampil menerusi persalinan sedondon putih. Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji ikatan kekeluargaan keluarga ini.
Malah, tidak kurang yang berseloroh meminta supaya Vivy mengandung lagi sebagai pelengkap keluarga, memandangkan dia kini sudah pun mempunyai seorang anak lelaki dan dua cahaya mata perempuan.
Pasangan ini menerima kehadiran permata hati itu pada 10 Oktober 2018.
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...