Tahniah! Nabil Mahir Maklum Ayda Jebat Selamat Bersalin ‘Baby Girl’ Seberat 2.77 Kg

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang telah pun selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, jam 7.07 malam Selasa.

Berita gembira itu dimaklumkan suami Ayda, Nabil Mahir yang bersyukur apabila proses pembedahan bagi melahirkan bayi sulung dipermudahkan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya ringkas, memetik Harian Metro.

Terdahulu, Ayda menerusi hantaran di Instagram hari ini mendedahkan bakal melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.

“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

IKLAN