Ads

Tahniah Julia Ziegler Bakal Bergelar Ibu, Kini Hamil 2 Bulan!

Tahniah MH ucapkan kepada pelakon, Julia Ziegler yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi.

Berita gembira ini dikongsi menerusi akaun Instagram Official Hlive yang mengumumkan bahawa Julia kini sudah hamil dua bulan.

Menerusi kapsyen perkongsian tersebut, Julia telah berterima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan dirinya.

Ads

“Alhamdulillah tahniah kepada @zieglerjulia yang kini hamil 2 bulan. Julia, 34, berkongsi berita gembira ini ketika ditemui di Program CSR Bubur Lambuk Adabi di IJN hari ini. Menurutnya, usia kandungan masih lagi baru dan Julia berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus mendoakannya. Semoga semuanya dipermudahkan buat Julia dan juga kandungannya. Amin,” tulis kapsyen perkongsian tersebut.

Wah pastinya ini merupakan berita yang paling gembira buat Julia dan suami.

Ads

MH doakan segala urusan semasa kehamilan dipermudahkan sehingga saat melahirkan nanti dan Julia serta bayi dalam kandungan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Ads

Terdahulu, Julia berkahwin dengan suami tercinta yang dikenali dengan nama Johan pada 1 Januari tahun lalu.

Sumber: Instagram Official Hlive

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Alhamdulilah Jika Ada Yang Suka Lihat Kami Bersama,” – Adira Nafi...

Penyanyi Adira Suhaimi setakat ini memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai gerangan lelaki misteri yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, baru-baru ini.
error: Hello. Cannot.