Lagu Gila yang dinyanyikan secara trio oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan mereka bersama Ezra Kong diumumkan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam tadi.

Mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.

Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Semalam daripada Aina Abdul, ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berkenaan yang sekali gus membawa pulang wang tunai RM35,000 beserta trofi kemenangan.

Menduduki tempat ketiga ialah lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Belenggu Rindu. Lagu tersebut disampaikan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi trofi bersama wang tunai RM20,000.

IKLAN

Tahniah! Gila Juara AJL35, Vokal Terbaik Milik Ernie Zakri Tahniah! Gila Juara AJL35, Vokal Terbaik Milik Ernie Zakri Tahniah! Gila Juara AJL35, Vokal Terbaik Milik Ernie Zakri

Vokal dan penghayatan memukau Ernie Zakri ketika mendendangkan lagu Gundah memberi tuah buatnya apabila diumumkan sebagai penerima trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.

Sementara kategori persembahan terbaik hasil undian penonton yang menawarkan ganjaran trofi dan wang tunai RM10,000 pula disandang Zizi Kirana menerusi lagu Eh.

IKLAN

AJL35 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan juga Haziq Husni sebagai pengacara.

Malam kemuncak anugerah muzik tahunan itu turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Ratu Rock, Ella bersama Naim Daniel dan Yonnyboii.

Buat pertama kali, lagu nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju berjudul Baik Semula akan dipersembahkan.

IKLAN

Lagu berkenaan berkisar tentang situasi yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Lebih hangat persembahan interlude AJL35 bertemakan Projek Band pula menampilkan Hujan, Hazama & The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret.

Mereka mempersembahkan medley dan ‘mash up’ lagu bergandingan dengan Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

Foto: Instagram Muzik-Muzik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI