Pasangan suami isteri yang juga merupakan pelakon dalam industri seni tanah air, Zamarul Hisham dan Diana Rafar telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata pada 4.30 petang semalam.

Menerusi akaun Istagram Zamarul, dia telah berkongsi gambarnya bersama bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan.

Di ruang kapsyennya, Zamarul meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT atas kelahiran zuriatnya ini.

“Syukur Alhamdulillah… YA ALLAH terima kasih ALLAH atas rezeki besar yg kau berikan kepada kami…. terima kasih sahabat2 atas doa anda…. Diana selamat melahirkan baby girl… pukul 4.30 ptg tadi. Syukur Alhamdulillah….,” luahan rasa syukurnya di ruang kapsyen.

Rata-rata pengikut Zamarul juga telah meninggalkan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik untuk anak yang baru lahir itu.

IKLAN

yanaderoses.official: Putih gebu bby . Tahniah utk abg sham n kak diana.

ibnubrunei82: Alhamdulillah,tahniah buat abg zamarul & istri abg yg tersayang hingga keakhir hayat iaitu diana kerna mendapat baby,semoga baby sentiasa d dalam sihat walafiat,pintar dan solehah amin ya allah ya rahman ya rahim amin ya rabbalalamin.

IKLAN

Menurut satu sumber, Diana telah melahirkan bayinya ini di sebuah hospital yang terletak di Shah Alam dan bayi dilahirkan secara normal dengan berat 3.4 kg.

Diana memberitahu dia telah bertarung nyawa kira-kira satu jam untuk melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Kayla Reysha Zamarul.

IKLAN

“Saya bertarung nyawa kira-kira sejam. Namun, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” ujar Diana.

Untuk info, bayi perempuan yang dilahirkan oleh Diana ini adalah anak keduanya bersama Zamarul dan buat Zamarul pula ianya merupakan anaknya yang ke tiga.

Sebelum berkahwin dengan Diana, Zamarul telah mempunyai seorang anak menerusi perkahwinannya yang terdahulu.

Kini Zamarul dan Diana sudah mempuanyi tiga orang anak iaitu Izzat Haikal, Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.

Sumber: Instagram Zamarul Hisham & Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI