Usaha untuk membantu Zamani Ibrahim, 51, menampung kehidupan selepas pembedahan diteruskan dengan pelancaran sebuah tabung khas, malam tadi.
Tabung yang dibuka untuk tempoh sehingga 24 jam itu diumumkan Datuk Aznil Nawawi ketika Konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur.
“Sebelum ini kutipan dalam tempoh kurang 32 jam, kita berjaya kutip RM122,000 untuk kos pembedahan tulang belakang yang dianggarkan RM80,000 hingga RM90,000.
“Lebihan wang tabungan itu boleh digunakan untuk kelangsungan hidup Zamani selepas pembedahan.
“Saya berterima kasih kepada peminat Zamani dan dapat menularkan akaun ini bagi mengumpul dana meneruskan kehidupan selepas pembedahan dan tabung ini akan dibuka selama 24 jam.
Ads
Menurut Aznil, Zamani tidak selesa meminta wang serta belas ihsan sebaliknya dia lebih rela bekerja menyanyi di konsert demi konsert bagi mengumpul wang untuk membiayai pembedahan.
“Walau bagaimanapun, saya memilih untuk memendekkan usaha tersebut dan secara diam-diam membuka tabung untuk Zamani.
“Saya tak sangka dia masih bersemangat menghiburkan peminat walaupun dalam keadaan sebegitu,” kata Aznil.
Sebagai permulaan, Aznil membuka lelongan beg berjenama mewah kepunyaannya berharga RM15,000 untuk tujuan tersebut.
Ads
Bagaimanapun tidak sampai 20 minit beg tersebut telah dibeli oleh penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris yang terlebih dahulu diundang menjadi pembaca doa pada konsert tersebut.
“Selepas berbincang dengan isteri, kami setuju beli beg tersebut sebab kami memang peminat Zamani.
“Bukan kerana jenama beg tersebut tetapi kerana saya memang berniat membantu Zamani,” katanya.
Ads
Vokalis kumpulan Slam itu bakal menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis, awal November depan.
Terdahulu, konsert anjuran Indera Entertainment turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin Abdul Rahman.
Selain Aznil, konsert itu turut menampilkan persembahan rakan artis bertaraf lagenda seperti Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof serta Fauziah Latiff dan disaksikan 2,000 penonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah, Ebit Lew baru-baru ini ada terserempak dengan seorang aktivis dan pesara tentera, Abdul Rani Kulup Abdullah atau mesra disapa Ayahanda di sebuah R&R Pagoh, Johor.
Dalam pertemuan itu, Ebit sempat memuji sifat penyayang Ayahnda terhadap isterinya yang menyuap seulas durian ke dalam mulutnya.
“Terkesan adab dan budi bahasanya baik sangat. Tadi nampak Paduka Ayahanda Rani Kulup yang baik.
“Sedang suap menyuap bersama isterinya. Mesra betul orangnya. Baik sangat. Syukur pada Allah.
“Beliau bangun tegur saya. Excited jumpa. Terkejut Ayahrani kena suap. Terus ayah nak suap saya juga. Kami berpelukan. Bila dengar Allah sayang. Pun rasa sama-sama sebak. Semoga Allah terima jadi asbab hidayah,” kongsi Ebit sambil disertakan video berdurasi satu minit.
Satu perkongsian di Instagram Yasin Sulaiman yang dikendali oleh ahli keluarga anggota kumpulan Brothers itu mencuri perhatian netizen.
Menerusi entri tersebut, sebuah lagu berjudul Tangisan Malaikat difahamkan telah dicipta khas untuk anak perempuan Yasin, Malaika.
“Lagu ini terhasil rentetan daripada tangisan Malaika sebaik sahaja mendengar suara ayahnya buat pertama kali di telefon selepas dia ditahan,” kapsyen yang tertulis pada hantaran tersebut.
Antara bait lirik Tangisan Malaikat itu menyatakan, Yasin meminta maaf pada anaknya kerana menghilang.
Lagu itu turut memberi bayangan bahawa Yasin dikhianati seseorang yang dikenali disebabkan melakukan kesilapan.
Pun begitu, penyanyi Mimpi Laila itu tidak menjelaskan menjelaskan secara terperinci siapa individu yang dimaksudkannya itu.
Turut dikongsikan adalah kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya tertera nama Yasin dan Jo Tan.
Terdahulu, Yasin didakwa di Mahkamah Majistret pada 31 Mac lalu atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, Selangor.
Yasin, 47, juga didakwa atas pertuduhan menanam 17 pokok yang dipercayai ganja.
Sebutan semula kes ini dijadualkan berlangsung pada 6 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yasin Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang versatil, Adibah Noor turut menitipkan kata atas pemergian rakan selebriti, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32.
Menerusi Instagram, ucapan serta perkongsian dari penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu nyata menjentik hati ramai.
“Akak ingat lagi dik..tatkala kau laungkan “gemok itu awesome”, ada orang terus offer diri untuk bantu kau “kurus dan sihat”. waktu itu, berlaku juga pertikaman hujah di antara yang terinspirasi oleh mu dan “pakar-pakar” kesihatan.. sedangkan kami lebih faham apa yang kau maksudkan.
“Kau sering diberikan task dalam rancangan2 lawak.. yang pasti menyusahkan utk kau bangun dari duduk/baring.. namun kau buat juga.. sebab kau tau.. itu akan menggeletek semua orang,” tulisnya.
Pada masa sama, Adibah turut menyifatkan arwah seorang yang berhati mulia dan Allah lebih menyayanginya.
“Kau berhati dan berjiwa mulia dik. kau terer. kau memang AWESOME. Tu sebab Allah sayang kau lebih daripada kami semua.
“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai abam. Terima kasih Allah kerana meminjamkan insan ini buat kami melepaskan lelah, menghibur hati lantas lupa seketika segala belenggu, memberi inspirasi kepada kami melalui kerja dan ibadahnya.
“Kau ampunkanlah segala dosanya ya Allah, tempatkanlah dia di kalangan para solihin ya Allah dan kurniakanlah kekuatan buat ahli keluarganya untuk menempuhi kehidupan tanpanya ya Allah. Al-Fatihah,” kongsinya lagi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak awal pagi Isnin. Arwah meninggalkan isteri, Nor Hidayah yang dikahwininya pada 2017 serta seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Foto: Instagram TV3 Malaysia, Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.