Choi Seung-hyun atau T.O.P Big Bang secara rasmi mengaku bersalah.

T.O.P mengaku bersalah atas empat tuduhan yang ditujukan terhadapnya di persidangan pertamanya, iaitu dua kali mengambil ganja dalam bentuk cecair dan dua kali dalam bentuk rokok.

Bertempat di Seoul Central District Court, sekitar pukul 11.30 waktu setempat, T.O.P menemui media dan mengaku bertanggung jawab atas kesalahan yang telah dia lakukan.

Pada persidangan itu, hakim telah memutuskan T.O.P dijatuhi hukuman 10 bulan penjara, dengan masa percubaan dua tahun.

Maksudnya, T.O.P tidak akan dimasukkan ke dalam penjara, kecuali dia melawan perintah hakim iaitu kembali menghisap ganja dalam waktu dua tahun tersebut. Sekiranya melanggar, rapper ini akan dipenjara.

IKLAN

“Saya mengalami kemurungan untuk waktu yang lama. Saya juga membuat keputusan yang salah dan kesalahan itu tak boleh diundur kembali.” ujar T.O.P dalam sidang media.

Tambahnya, dia akan melakukan yang terbaik sepanjang tempoh percubaan tersebut dan merasa menyesal dengan perbuatannya itu.

T.O.P dalam sidang media itu tunduk sebagai tanda permohonan maaf.

Selain itu, Han Seo Hee yang dikatakan teman wanita T.O.P, terlibat dalam kes ganja bersama, juga memohon maaf atas kesilapannya. Han Seo Hee juga telah menerima hukumannya tiga tahun penjara dengan masa percubaan empat tahun.

IKLAN

T.O.P Bersalah Hisap Ganja, Penjara 10 Bulan

 

IKLAN

Sumber : SBS Star

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI