Pelakon Syatilla Melvin menghormati permintaan Syifa yang memilih untuk tidak berkongsi mengenai majlis hari bahagianya yang didakwa esok bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rashid,25.

Syatilla ketika dihubungi MH berkata, dia menghormati permintaan adiknya itu selagi belum ada suatu ikatan yang sah.

“Sebagai kakak, saya pernah melalui fasa sebagaimana Syifa yang pernah menerima reaksi pelbagai netizen. Bila nak buat suatu benda yang baik… bukan tak mahu kongsi kepada semua.

“Kalau boleh nak simpan sendiri terlebih dulu. Disebab tidak mahu ia akan cenderung kepada hal yang boleh buatkan ada yang mengecam.

“Bukanlah saya nak menafikan kebenaran, tidak. Mereka buat perkara yang betul, yang baik. Cuma di pihak saya, betul-betul mahu menjaga privasi Syifa.

IKLAN

“Saya hormati permintaannya yang tidak mahu hebohkan terlebih dulu selagi belum ada ikatan yang sah. Walau sehari sebelum atau 10 jam sebelum, macam-macam benda boleh berlaku,” katanya.

Syatilla pada masa sama memohon supaya mendoakan yang baik-baik seterusnya faham akan situasi adiknya itu.

“Saya memahami situasi dia dan saya juga pernah melaluinya. Jadi kita hormatilah. Syifa pun tak pernah buka mulut mengenai perkara ini. Jadi saya betul-betul menghormatinya, begitu juga dengan keluarga Safawi.

IKLAN

“Saya kena melihatnya daripada pelbagai sudut dan banyak hati yang perlu dijaga. Kena hormati permintaan mereka.

“Kita tunggu saja perkongsiannya di media sosial. Saya rasa Syifa akan berkongsi mengenal perkara itu nanti,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa pasangan tersebut bakal berkahwin esok dan majlis resepsi akan dilangsungkan 3 Disember depan.

Sebelum ini, Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, juga enggan mengesahkan perkara tersebut meskipun kad undangan majlis bertanding di pihak lelaki tersebar di media sosial.

Kata Syifa, dia enggan menghebahkan tentang perkahwinannya itu kerana masih belum ada ikatan yang sah di antara mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI