Salah seorang barisan peserta program hiburan Islamik, Gema Gegar Vaganza musim ke-2 (GGV2), Farah Asyikin mengakui pada peringkat awal dia agak pesimis untuk menyertai program realiti berkenaan.

Bagaimanapun setelah berbincang dan mendapat lampu hijau dari suami, penyanyi Hello ini akhirnya lebih berani dan berkeyakinan untuk meneruskan cabaran menerusi rancangan yang bakal bersiaran di Astro Oasis bermula 31 Mac depan.

“Syukur meski apa awalnya agak ragu-ragu, akan tetapi suamilah menjadi pendorong terbesar dan dia banyak beri semangat buat saya untuk terus melangkah ke GGV2 ini.

 

Ujarnya, selagi saya kenakan baju yang longgar, masih menutup aurat dan tudung tidak akan singkat, selagi itu dia beri keizinan,” katanya kepada MH sejurus selesai sidang media memperkenalkan barisan peserta GGV musim terbaru di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah katanya lagi, suaminya turut berpandangan bahawa mungkin ada hikmah dan ruang buatnya untuk menyampaikan sesuatu kepada penonton menerusi program berbentuk kerohanian itu.

IKLAN

Syarat Suami Sebelum Izin Farah Asyikin Sertai Gema Gegar Vaganza 2018, Pakai Baju Longgar & Tudung Tidak Singkat

“Ramai yang mahu sertai, tetapi mengapa Dia memilih saya. Jadi pastinya ada suatu hikmah yang kita tidak tahu dan mungkin daripada situ saya boleh memberikan sesuatu yang bersifat positif kepada penonton, insyaAllah,” luahnya yang tidak menafikan masih lagi gementar untuk bersaing di minggu pertama nanti kerana setelah sekian lama tidak membuat persembahan di pentas besar.

 

“Malah ketika sesi pengenalan tadi pun, saya agak gugup. Mujur rakan-rakan lain memberikan saya semangat untuk memberikan yang terbaik. Sempat juga ambil tips daripada Adib sebelum menyanyi tadi (Adib merupakan salah seorang peserta GGV2) sebab dia pun guru vokal,” akui farah jujur.

Tidak mahu meletakkan sebarang harapan besar di dalam pertandingan ini, Farah bagaimanapun cuba memberikan yang terbaik dan berhadap agar semuanya dipermudahkan.

IKLAN

“Saya tidak mahu beri harapan. Memadai andai saya boleh berikan yang terbaik, puaskan hati penonton. Semoga perjalanan ini dipermudahkanNya, InsyaAllah…” terang Farah.

Ditanya bilakah kali terakhir dia melakukan persembahan di pentas berskala mega, penyanyi dan bekas guru ini memberitahu ia mungkin sekitar 10 tahun lalu.

Syarat Suami Sebelum Izin Farah Asyikin Sertai Gema Gegar Vaganza 2018, Pakai Baju Longgar & Tudung Tidak Singkat

IKLAN

“Tak ingat bila… mungkin pada tahun 2009 atau 2010 lalu. Masa tu nyayikan lagu runut bunyi untuk filem Pisau Cukur di Festival Filem Malaysia,” akhiri Farah mengimbau kenangan.

Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Foto: Astro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI