Selepas membuat pendedahan mengenai perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar, 28, pada Jumaat lalu, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof akhirnya mengemas kini (update) perkembangan terbaharunya menerusi entri di laman Instagram miliknya pada pagi Selasa.
Menerusi perkongsian tersebut, Syamsul, 39, memuat naik sebuah
satu posting memaparkan gambar perkahwinannya bersama kedua-dua isterinya iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana dan Ira Kaza.
“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Syamsul turut memuat naik keindahan panorama di sebuah pantai yang tidak disertakan lokasi dengan kapsyen ringkas bertulis, ‘Salam Maghrib’ pada petang Isnin.
Pengarah filem Munafik itu turut memuat naik gambar makanan sotong bakar yang dinikmati beserta kapsyen berbunyi, ‘podehhh uiii.”
Ads
Terdahulu, pendedahan Syamsul mengenai perkahwinan keduanya itu menghangatkan radar industri hiburan tempatan.
Syamsul mengakui sudah berkahwin dengan Ira di Thailand, berwalikan bapa Ira, pelakon veteran, Kazar Saisi.
Sebaik pendedahan itu dibuat, pelbagai kenyataan telah dikeluarkan termasuklah daripada pihak isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana serta kedua ibu bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Ads
Menerusi beberapa kenyataan yang dikeluarkan, Patimah berkata dia tidak menerima Kazar sebagai besannya malah tidak merestui perkahwinan kedua Syamsul.
Manakala, Yusof pula berkata sekiranya jodoh di antara Syamsul dan Puteri Sarah masih panjang, dia mengharapkan anaknya itu menjalankan tanggungjawab sewajarnya terhadap sebagai suami serta bapa kepada anak-anaknya.
Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah, 38, pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zizie Ezette akhirnya berkongsi jantina anak ketiganya.
Dia berbuat demikian dalam satu majlis ringkas dipercayai untuk mengumumkan jantina anak yang dikandungnya itu.
Zizie yang juga merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut berkongsi foto semasa majlis itu berlangsung di laman Instagramnya.
“Girl, See you in March my sweet lil angel. #InsyaALLAH,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh netizen.
Zizie berkahwin dengan Bung pada tahun 2009 dan dikurniakan anak kembar pada 29 Disember 2017 iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.
Aktres itu juga mempunyai dua anak angkat, Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.
Foto/Instagram: Zizi Ezette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya teringin nak berlakon filem, cuma tidak diberi peluang lagi.” Itu impian penyanyi, Haqiem Rusli selepas ditanya apakah perkara yang ingin dilakukan selepas ini sejurus menerima pelbagai pengiktirafan dalam nyanyian.
“Apabila saya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi lagu Lembah Kesempian di samping Datuk Rosyam Nor, beliau ada bercerita mengenai pengalamannya dan saya teringin.
“Bagaimanapun itu tidaklah bermakna saya sudah puas menyanyi, cuma saya nak cuba cabang seni yang lain juga. Biar orang nampak sisi Haqiem Rusli lakukan perkara lain selain menyanyi juga. Saya teringin tapi saya tak pandai berlakon,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai sejauhmana keinginan itu untuk mengasah bakat dalam lakonan, Haqiem mengakui dia perlukan bimbingan untuk asah skil lakonan.
“Masih perlu diajar, sebab saya bukanlah orang yang banyak bercakap sangat. Kalaulah diberi peluang. Misalnya baru-baru ini saya ada hubungi Syamsul Yusuf menyatakan keinginan itu tetapi dalam cara seloroh.
“Manalah tahu ia boleh membuka jalan. Saya hubunginya terus,” katanya yang idamkan watak serius.
Haqiem pada masa sama juga tidak akan melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita yang berganding dengannya.
Pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli itu menambah, dia sedia untuk mempertahankan prinsipnya itu jika berdepan dengan situasi sedemikian andai terbabit dalam lakonan kelak.
“Kalau ada yang membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya tak buatlah.
“Insya-Allah saya cuba berjuang untuk elakkan perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi senior, Noorshila Amin merakamkan rasa terharu apabila penyanyi asal lagu Kerna Terpaksa, Farancissca Peter turut memberikan kata-kata semangat buatnya untuk memberikan persembahan terbaik menerusi lagu tersebut pada saingan konsert ke-10 Gegar Vaganza 6 (GV6), Ahad ini.
Dalam saingan ke separuh akhir itu, para peserta mendapat tugasan untuk menyampaikan dua buah lagu, termasuk satu lagu duet.
Noorshila yang sinonim disapa Mama bakal berduet dengan Ifa Raziah menerusi lagu Dialah Di Hati yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mama di dalam entri terkininya di Instagram ada memberikan dedikasi terhadap Francissca dan Siti Nurhaliza atas sokongan yang diberikan.
“Terharu bila mama dapat byk kata2 semangat untuk minggu Ni. Bukan daripada TokSri Siti saja kerana menyanyi Kan lagu beliau Dialah DiHati, bahkan daripada penyanyi asal Kerana Terpaksa iaitu @francissca_peter.
“Untuk #BBNU beliau merupakan salah Satu penyanyi tanah air kita yg sgt popular juga di zaman mama dulu. Byk lagu2 beliau yg menggamit jiwa. Thank you so much dear for the wishes,” tulisnya.
Terdahulu, Siti menerusi satu rakaman video pendek turut mendoakan yang terbaik buat Noorshila dan Ifa agar dapat menyampaikan lagu tersebut dengan cara tersendiri.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV6 bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Ahad jam 9.00 malam.
Foto: Instagram Noorsheila, Siti Nurhaliza & Francissca Peter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...