Ads

Syamel Profesional Isu ‘Hamba Cinta’, Akui Perbezaan Penghayatan Dengan Kelly Azman – “Saya Tak Terasa, Saya Berterima Kasih.”

Penyanyi Syamel memberi respons berhubung persembahan semula lagu Hamba Cinta oleh Kelly Azman yang sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.

Menurut Syamel, dia melihat perkara tersebut dari sudut positif dan menghargai keputusan Kelly menyanyikan semula lagu berkenaan.

Baginya, tindakan itu wajar diberikan penghargaan.

“Saya berterima kasih kepada abang Kelly kerana memilih untuk cover lagu Hamba Cinta, daripada rangkaian lagu yang saya ada. Itu saya patut berikan kredit kepadanya,” kata Syamel.

Suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu turut menjelaskan, aspek penghayatan dan kekuatan vokal merupakan sesuatu yang subjektif serta bergantung kepada cita rasa pendengar.

Syamel Profesional Isu ‘Hamba Cinta’, Akui Perbezaan Penghayatan Dengan Kelly Azman – “Saya Tak Terasa, Saya Berterima Kasih.” Syamel Profesional Isu ‘Hamba Cinta’, Akui Perbezaan Penghayatan Dengan Kelly Azman – “Saya Tak Terasa, Saya Berterima Kasih.”

Syamel Profesional Isu ‘Hamba Cinta’, Akui Perbezaan Penghayatan Dengan Kelly Azman – “Saya Tak Terasa, Saya Berterima Kasih.”

Syamel menegaskan, setiap penyanyi mempunyai kecenderungan bunyi dan gaya penghayatan tersendiri.

Ads

“Cuma daripada segi penghayatan dan vokal, ia subjektif. Saya ada cita rasa sendiri yang mana saya suka suara, cara nyanyian dan penghayatan yang bagaimana.

“Tak semestinya saya harus sehaluan dengan Kelly. Ada yang suka, ada yang tidak. Biar saya saja tahu saya di bahagian yang mana,” tambahnya lagi.

Nasihat Buat Peminat

Dalam pada itu, Syamel mengakui wujud perbezaan gaya antara dirinya dan Kelly.

Malah, dia juga secara terbuka menyatakan kesediaan untuk berbincang dan belajar sekiranya perlu bagi memahami pendekatan Kelly dengan lebih mendalam.

Ads

“Terima kasih kerana sudi menyanyikan lagu Hamba Cinta. Saya setuju penghayatan kami berbeza.

“Kelly mungkin jauh ke hadapan, saya mungkin tak terlalu mendalam, mungkin kita harus berjumpa untuk kupaskan kepada saya. Saya pun perlu belajar,” ujarnya lagi.

Isu tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat, termasuk dakwaan bahawa lagu itu telah ‘dirosakkan’.

Menjawab kritikan berkenaan, Syamel menasihati peminat agar tidak terbawa-bawa emosi serta sentiasa menjaga adab, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

Ads

“Merosakkan lagu? Kepada peminat yang saya sayangi, duduk dengar, jangan kutuk atau kecam. Kalau tak suka swipe, jaga tutur kata pada bulan Ramadan ni.

“Saya tak terasa, saya berterima kasih. Cuma saya nak tahu apa maksud abang Kelly ‘penghayatan kita berbeza’?” katanya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Syamel Profesional Isu ‘Hamba Cinta’, Akui Perbezaan Penghayatan Dengan Kelly Azman – “Saya Tak Terasa, Saya Berterima Kasih.”

Perfume Pilihan Untuk Aura Lebih Menarik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Allahuakbar Ketika Ramadan, Selepas Terawih Selalu Berdoa Nak Dapat ‘Jodoh’, Mungkin...

Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.
error: Hello. Cannot.