Wah, nampaknya pelakon kacak Syafiq Kyle bakal bergandingan dengan heroin hangat, Farah Nabilah untuk drama pendek McCafe, Mocha Kau Bahagia yang bakal menemui peminat 11 November nanti.

Menerusi drama tersebut Syafiq memegang watak sebagai barista di McCafe. Menurut sebuah portal online, selain dari berlakon, Syafiq juga berkebolehan untuk membancuh kopi secara professional sebenarnya.

Apa yang menarik, dengar cerita Syafiq pernah mengalami momen agak melucukan apabila seorang peminat yang menyangka bahawa beliau adalah pekerja Mcdonald dan menyuruhnya mengalihkan kon. Betul ke, kesian Syafiq!

Disebabkan dia teruja dan mendalami watak yang diberi, dia terus mengalihkan kon tersebut walaupun hakikatnya, dia bukanlah pekerja disitu. 

“Ada satu ketika, saya rasa ada seorang pengunjung ini tak perasan. Waktu itu pula saya berpakaian lengkap seperti pekerja Mcdonald.

 

 

“Dia ada minta saya alihkan kon, saya pun tanpa segan silu terus buat. Rasa lucu pula sebab orang ingat saya pekerja disitu.” Ujar Syafiq

Turut menjayakan drama pendek tersebut, Issey Fazlisham, Syazwan Zulkifly dan ratu parodi lip sync, Meera James!

Tinjau MH di Instagram milik Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, MH teruja melihat imej barunya. Sejak berambut warna perang keemasan bertambah hensem!

IKLAN

Rata-rata netizen juga suka dengan perubahan warna rambut Syafiq yang dilihat semakin kacak.

Syafiq Kyle Disangka Pekerja McCafe Penangan Mocha Kau Bahagia

Jom #MHBelanjaGambar Syafiq dengan imej baru.

IKLAN

Syafiq Kyle Disangka Pekerja McCafe Penangan Mocha Kau Bahagia

Syafiq Kyle Disangka Pekerja McCafe Penangan Mocha Kau Bahagia

Syafiq Kyle Disangka Pekerja McCafe Penangan Mocha Kau Bahagia

IKLAN

Syafiq Kyle Disangka Pekerja McCafe Penangan Mocha Kau Bahagia

Sumber : Hangat.com

Foto : IG syafiqkylez

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI