Nampaknya minggu ini para peminat Kdrama berdepan dengan berita yang mengejutkan.

Awal minggu lalu, kecoh apabila pelakon Park Shin-hye dan Choi Tae-Joon mengakui sedang bercinta.

Kini, satu lagi pasangan kantoi apabila gambar mereka sedang ‘berdating’ dapat dihidu oleh pihak media.

Suzy Dan Lee Dong Wook Kantoi Bercinta

IKLAN

Pelakon, Suzy, 23 tahun dan Lee Dong-wook 36 tahun mula dikaitkan bercinta apabila media Korea Selatan, TV Report melaporkan mereka sedang ‘berdating’ di Cheongdam-Dong.

“Suzy dan Lee Dong-wook kelihatan berhati-hati semasa ‘date’ mereka itu namun gagal untuk menyembunyikan rasa suka terhadap satu sama lain,” kata laporan tersebut.

Menurut sumber, Lee Dong-wook mula tertarik pelakon dan penyanyi tersebut kerana personaliti Suzy.

IKLAN

Dalam pada itu, Suzy juga pernah mengatakan dalam program ‘Strong Heart’ bahawa aktor drama ‘Goblin’ itu merupakan ‘ideal type’nya.

Suzy Dan Lee Dong Wook Kantoi Bercinta

IKLAN

Berikutan berita tersebut, kedua-dua agensi pasangan tersebut, JYP Entertainment dan King Kong by Starship ada mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut.

“Benar pasangan (Suzy dan Lee Dong-wook) bercinta dan kini dalam proses mengenali antara satu sama lain,”kata kenyataan tersebut.

Berita ini sekaligus melenyapkan khanar angin bahawa Suzy kembali bersama dengan bekas kekasihnya, Lee Min-ho.

Sumber:Allkpop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI