“Suruh Stop Acting Sebab Kesian Ibu Selalu Kena Berdiri Untuk Ambil Gambar Di Meja Makan,” – Fasha Sandha Kongsi Luahan Anak Sulung, Minta Tak Lagi Berlakon
Pelakon, Fasha Sandha ada memuat naik luahan anak sulung, Putra Rayfal yang simpati dan memintanya untuk tidak lagi berlakon mengenangkan pengorbanan yang terpaksa dilaluinya.
Jelas Fasha, anak lelakinya yang kini mencecah usia tujuh tahun itu memberikan reaksi tersebut yang sudah dipendam sekian lama.
Luahan tersebut dikongsikan pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini menerusi sepotong video di Instagram.
“Kisah beberapa hari lalu, ..Sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambik gambar food. Tiba ada beberapa orang datang kemeja untuk ambik gambar dengan ibu, lepas dah ambik gambar.
Ads
“Tiba2 anak sulung ibu ni luah perasaan dia, suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan.
“Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan,” tulisnya.
Fasha bagaimanapun menyatakan lakonan ialah kecintaan seterusnya turut ekspresikan kerinduan untuk berada di set penggambaran.
Ads
“Acting is my passion sayang. Setelah hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni?
“Anak ibu baru 7 tahun dah pandai kesiankan ibu, kena berdiri. I love you anakku. Video ni kenangan untuk sayang,” tulis Fasha lagi.
Tidak dinafikan, setiap kali tibanya sambutan hari lahir dari artis terkenal, pasti akan ada di kalangan rakan-rakan yang memberi reaksi, bahawa tarikh hari jadinya sama dengan kita.
Jadi kali ini, MH senaraikan 20 tarikh lahir selebriti terkenal kita sebagai rujukan. Manalah tahu, ada di antara tarikh yang kami senaraikan ini tersama dengan hari jadi kalian juga kan?
Pengusaha jenama fesyen tersohor, Neelofa memberi peluang kepada orang awam untuk melaksanakan ibadah korban dengan mudah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha.
Ia dikelolakan di bawah pertubuhan naungannya, Pertubuhan Kasih Neelofa.
Merupakan program perdana anjuran pertubuhan tersebut, Neelofa berkata, sambutan yang diterimanya sejak Qurban Kasih Neelofa Aidiladha dibuka begitu menggalakkan.
“Sejak diumumkan baru-baru ini, sambutan yang diterima daripada orang awam begitu memberansangkan.
“Mungkin disebabkan norma baharu sempena PKPP ini yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga jarak dan duduk di rumah, kebanyakan daripada mereka mengambil peluang ini untuk melaksanakan ibadah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha ini,” kongsinya.
Menerusi program tersebut, satu bahagian lembu dikenakan bayaran sebanyak RM750.
Urusan pemilihan lembu korban sehinggalah penyembelihan dan pengagihan daging kepada golongan asnaf dan fakir diuruskan sendiri oleh pihak pertubuhan.
Sementara itu, Neelofa menambah, pihak pertubuhan akan menjalinkan kerjasama dengan pihak NGO dan swasta, bagi merancakkan program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha berkenaan.
“Kami ingin memperluaskan program ini. Justeru, kerjasama dengan badan-badan NGO dan bukan kerajaan lebih memudahkan pihak kami bagi proses pengagihan dan mengenal pasti individu yang memerlukan di setiap negeri,” katanya lagi.
Bagi yang ingin menyertai program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, pendaftaran masih dibuka sehingga 23 Julai 2020, iaitu seminggu sebelum ketibaan Hari Raya Haji.
Bagi yang mahukan keterangan lanjut, boleh e-mel sebarang pertanyaan anda kepada kasihneelofa@gmail.com.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Iesya Toh meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang individu tidak bertanggungjawab yang membuang gelang tangan pengesahan COVID-19 seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Gelang tangan bertarikh 20 Julai 2020 itu dipercayai milik individu yang baru pulang daripada luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Date ni baru smpai Malaysia melalui KLIA semlm tau! 20.7.2020 Kau Kat mana? Kenapa buang?
“Maaf ya, sebenarnya ramai yg DM terkandas kt luar negara, nak balik Malaysia! Yes kite bantu guide, sampai berjaya balik. Bila balik, macam ni ke caranya?
“Tak nak kuarantin! Nak sebarkan virus! HONESTLY KAMI DI MALAYSIA DAH TERKAWAL! Bukak border salah, tutup salah! Sekarang macam mana?
“Suruh pakai mask, tak nak! Minta displin pun susah! Saya yakin, kalau disuruh luahkan, mungkin ini ayat daripada PM, Menteri-Menteri Kanan & Dr Hisham,” katanya.
Kenyataan tersebut diluahkan oleh Iesya menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan tindakkan kurang bijak individu berkenaan.
Sekadar info, bagi sesiapa sahaja yang dikehendaki untuk memakai gelang pengesahan COVID-19, mereka hendaklah dikuarantin di rumah selama 14 hari.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan memotong gelang tangan itu sewenang-wenangnya adalah satu kesalahan mengingkari kuarantin wajib.
Mereka yang mengingkari arahan tersebut, kompaun berjumlah RM1,000 boleh dikenakan dan akan dihadapkan ke mahkamah.
Sumber: Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.