Perkongsian terkini pelawak dan pelakon, Ali Puteh di laman Instagram nyata telah menyentuh hati banyak pihak.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, hatinya kini sememangnya berasa amat sunyi setelah ketiadaan ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad yang telah pun pergi mengadap Illahi genap sebulan yang lalu.

“Sunyi Je Tanpa Mak…,” – Genap Sebulan Kehilangan, Ali Puteh Rindu Nak Bermanja Dengan Arwah Ibu “Sunyi Je Tanpa Mak…,” – Genap Sebulan Kehilangan, Ali Puteh Rindu Nak Bermanja Dengan Arwah Ibu

Katanya lagi, pemergian ibunya itu nyata memberikan kesan yang mendalam selain turut mengubah hidupnya secara keseluruhan.

“Genap sebulan mak pergi. Rindu mak yang teramat rindu. Sunyi je tanpa mak.

“Dah takde tempat bermanja dengn mak. Doa angah sentiasa ada buat mak,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Ali turut memaklumkan doanya sebagai anak akan sentiasa mengiringi ibunya tanpa rasa penat dan jemu.

“Sunyi Je Tanpa Mak…,” – Genap Sebulan Kehilangan, Ali Puteh Rindu Nak Bermanja Dengan Arwah Ibu “Sunyi Je Tanpa Mak…,” – Genap Sebulan Kehilangan, Ali Puteh Rindu Nak Bermanja Dengan Arwah Ibu

Menerusi entri berasingan, Ali turut menzahirkan rasa rindunya itu terhadap Allahyarham abangnya yang juga merupakan pelawak, Abam Bocey.

IKLAN

“Jujur aku katakan..Dari hati kecil yang menahan..Rindu yg tiada berteman..
2 gerakan 1 tarian dimainkan.. Permainan dipersembahkan.. Gembira kita berpelukan.. Tapi kini aku sendirian.. Hanya kenangan yg diungkapkan..

“Jauh dari sudut hati..Bila bermain berhati hati.. Gerak tari itu seni.. Jangan mengalah terus mencari.. Itu ungkapan kau dibelakang tabir seri.. Supaya teguh terus berdiri..

“Kini sendirian mengatur gerak.. Kembang mewarnai bak burung merak.. Tiada lagi suara dan atur gerak.. Terus bergerak di layar perak..

“Betul kata kau.. Berhati hati dengan suara palsu..Bezakan bunga dengan pasu.. Terus berjalan mengatur waktu.. Niat diutamakan hanya yang satu,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat buat Ali selain turut menitipkan doa semoga arwah Abam dan ibunya ditempatkan dikalangan orang beriman.

“Sunyi Je Tanpa Mak…,” – Genap Sebulan Kehilangan, Ali Puteh Rindu Nak Bermanja Dengan Arwah Ibu

Sekadar informasi, ibu kepada Ali telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang pada 30 Oktober lalu akibat serangan asma.

Sementara itu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Dalam perkembangan lain, Ali kini sedang giat bersaing di Pentas Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Mamak dan Vicha Saywho.

Sumber: Instagram Ali Puteh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI