Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri,19, mengharapkan doa yang baik-baik dari semua susulan perkahwinan mereka yang dibina pada usia muda.

Menurut Sofea, dia juga sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada bintang berusia 24 tahun itu.

“Bagi saya berkahwin ketika usia masih muda atau sebaliknya tidak salah pun. Sebab ia sesuatu yang baik. Malah dalam Islam pun kita dituntut untuk menghalalkan sesebuah hubungan.

“Cuma apa yang kami minta doakan yang baik-baik, semoga hubungan kami kekal hingga ke jannah walau berkahwin pada usia yang muda, insyaAllah,” katanya.

Sementara itu, Haqiem berasa lega apabila majlis ijab kabul dan resepsi sudah pun selesai dan berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.

IKLAN

“Apa yang kami impikan sebelum ini, yang bicarakan dulu akhirnya terjadi. Orang cakap ibarat mimpi yang menjadi kenyataan.

“InsyaAllah saya akan belajar untuk menjadi suami yang terbaik. Alhamdulillah perjalanan kami untuk ke fasa ini dipermudahkan,” katanya.

Pasangan ini ditemui sejurus majlis resepsi mereka yang dilangsungkan di SkyGlass, Cyberjaya pada Jumaat.

IKLAN

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk berdepan dengan tempias populariti suami, Sofea menjelaskan dia sedia maklum akan situasi itu.

“Saya perlu bersedia memandangkan saya mengenalinya ketika dia sudah bergelar selebriti dan berada dalam dunia glamor. Saya tiada masalah bab itu.

“Saya sentiasa menyokong kerjaya suami,” katanya yang turut kagumi keperibadian suami.

IKLAN

“Dia seorang lelaki yang merendah diri meski dia selebriti yang dikenali. Bila isi masa bersamanya, saya rasa selesa. Malah saya senang dengan karektornya,” kata Sofea.

Terdahulu pasangan ini selamat dinikahkan dengan dua kali lafaz di Masjid Raya Fisabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.41 petang hari sama.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang berbalas lima kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI