Nampaknya kisah pertunangan antara Elfira Loy bersama Sufian Suhaimi tidak reda walaupun ibu kepada pelakon tersebut sudahpun mengesahkan anaknya tiada apa-apa ikatan lagi bersama penyanyi tersebut.

Namun menerusi laporan mStar Online, Sufian menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad memberitahu hubungannya bersama ‘tunangnya’ itu tidak mempunyai sebarang masalah kecuali campur tangan pihak ketiga.

Sufian Masih Berpegang Dengan Prinsip, Masih Tunang Selagi Cincin Tak Dikembalikan

Malah jelas Mahadhir, Sufian masih berpegang kepada prinsip pertunangan mereka belum berakhir selagi cincin tersebut tidak dipulang lagi.

IKLAN

Bagaimanapun Mahadhir memberitahu Sufian akan memuat naik kenyataan mengenai isu ini menerusi instagramnya apabila tiba waktunya dan menjawab kenyataan yang kononnya membuat ibu Elfira Loy terasa hati dengan Insta Strories miliknya.

Sufian Masih Berpegang Dengan Prinsip, Masih Tunang Selagi Cincin Tak Dikembalikan

IKLAN

Semalam, ibu kepada pelakon Elfira Loy telah menjelaskan status hubungan anaknya bersama Sufian dan mengakui sedang mencari masa yang sesuai untuk memulangkan semula cincin pertunangan antara anaknya bersama Sufian yang berlangsung pada 6 Oktober yang lalu.

IKLAN

Sepatutnya Elfira dan Sufian akan dinikahkan dan melangsungkan perkahwinan pada Mac akan datang.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI