Pelakon Syafiq Kyle sedia maklum apabila menjayakan sesebuah watak aksi, seseorang pelakon itu mungkin terdedah kecederaan fizikal.
Demi filem Siku 12: Langkah Derhaka terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Syafiq mendedahkan dia ada alami lebam-lebam di kaki dan tangan serta kepala benjol susulan terhantuk ketika menjayakan babak pertarungan di gelanggang.
Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, berkata, kecederaan kecil yang dialaminya dianggap sebagai hal lumrah, demi memberikan yang terbaik di dalam watak yang diberikan.
Malah, dia optimis untuk cabar diri, mengambil watak yang berbeza menerusi mana-mana naskhah.
“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dulu (PKP), saya memang menghabiskan masa bersenam dan berlatih di gimnasium.
“Justeru, saya tiada masalah dari aspek stamina dan kecergasan untuk melakonkan babak pertarungan sebagai peninju dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka itu,” katanya.
Ads
Berkongsi cabaran sepanjang penggambaran, Syafiq turut ikuti sesi latihan bersama guru terlatih demi menjiwai watak.
“Selain ada asas seni Muay Thai, saya juga berlatih dengan guru seni silat Siku 12 dari Pulau Pinang sebelum memulakan penggambaran.
“Sudah namanya filem aksi, saya juga mengalami lebam-lebam di kaki dan tangan dan kepala juga benjol kerana terhantuk ketika menjayakan babak pertarungan di gelanggang,” ujarnya.
Dalam filem genre aksi arahan Azhari Zain itu, Syafiq bergandingan dengan aktor, Zahiril Adzim selaku teraju utama.
Ads
Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar serta dibantu oleh Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Mengenai gandingan dengan Zahiril pula, kata Syafiq, ia kali pertama dia bekerjasama dengan pelakon senior itu.
“Zahiril juga ada asas dalam seni silat dan saya juga tiada masalah untuk mendapatkan keserasian berlakon dengannya.
Ads
“Dia bukan saja pelakon senior yang berpengalaman tetapi juga kelakar ketika di lokasi,” ujarnya lagi.
Antara cabaran lain, kata Syafiq, dia perlu menguasai dialek Kedah untuk menjiwai watak utama sebagai Atid dalam filem itu.
Filem Siku 12: Langkah Derhaka yang baru sahaja ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober lalu mengisahkan konflik di antara dua sahabat iaitu Atid dan A-Wut yang tinggal di Kampung Siam, Pendang, Kedah.
Mereka sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai yang mana sebuah pertandingan turut dianjurkan selepas sesi padi dituai. Ia terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun.
Bagaimanapun, dek kerana rasa iri hati dan sanggup mengkhianati, ia akhirnya telah menyebabkan hubungan persahabatan musnah.
Apa kesudahannya, tonton filem Filem Siku 12: Langkah Derhaka di pawagam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas meledaknya fenomena drama Melur Untuk Firdaus, bukan sedikit perhatian yang diberikan peminat tempatan serta dari Indonesia terhadap pasangan hero dan heroinnya iaitu Meerqeen dan Anna Jobling.
Keserasian yang tercipta menerusi drama itu juga dilihat sering dibawa ke luar apabila Meerqeen dan Anna dilihat sering berbalas komen mesra di laman sosial masing-masing.
Dalam ramai-ramai yang suka, pastinya timbul juga ‘haters’ yang dikatakan sudah mula jelak dengan kemesraan yang ditonjolkan dua pelakon muda itu.
Menjawab mengenai perkara tersebut, Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya ada mana-mana pihak yang kurang selesa mengenai perkara tersebut.
“Itu platform media sosial saya, jadi saya boleh buat apa yang saya suka. Kalau ada yang meluat ke, tak suka ke, boleh block saya dan jangan tengok.
“Saya tak kacau orang pun,” katanya kepada MH.
Sementara itu, berbicara mengenai karier seni, Anna berkata dia akan terbang ke Jakarta pada bulan ini untuk memantapkan lagi kerjayanya di sana memandangkan sudah mempunyai bilangan peminat yang cukup ramai di negara seberang.
“Saya akan terbang ke Jakarta untuk memenuhi undangan beberapa rancangan hiburan di sana selain ada perbincangan untuk menggembangkan kerjaya seni di sana,” kata Anna lagi.
Melur Untuk Firdaus mencipta fenomena luar biasa di Indonesia malah kedatangan Anna dan Meerqeen ke sana baru-baru ini diberi sambutan hangat oleh peminat fanatik mereka.
Drama arahan Zamri Zakaria itu bakal muncul untuk musim kedua tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang versatil Elly Mazlein mengakui dia sebelum ini seorang yang pemalu dan kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang lain.
Menurut Elly, sikap tersebut mulai berubah selepas dia diuji dengan isu sensasi sebelum ini.
“Sebenarnya saya ni pemalu orangnya. Kalau dulu siapa yang mengenali saya, mereka akan tahu saya seorang yang tak banyak cakap. Saya tiada keyakinan dan sangat pemalu.
“Kadang kalau dengan orang, saya macam ‘eh nak cakap apa ni’. Sampailah satu ketika itu… kadang-kadang orang kata bila kita diuji tu, jangan kita rasa buruk sangka pada Allah.
“Disebabkan satu dugaan menimpa pada diri saya ketika itu, tiba-tiba saya bertukar jadi macam… ‘no! Tak boleh macam ni, tak boleh orang buli lagi.’
“Kemudian bila saya buat sesuatu susulan satu benda, tiba-tiba rakyat Malaysia menyokong, menyebelahi. Bermula dari situ, saya merasakan ada orang yang bersama saya,” katanya.
Elly yang mesra disapa Kak Lina berkongsi cerita sejurus diundang sebagai tetamu jemputan di konti radio Era.fm sebagai kejutan buat Nabil.
Terdahulu, ramai yang memberikan komen terhadap energi yang dibawa Elly ketika mengendalikan Gegar Vaganza kesembilan (GV9).
Kelincahannya dari awal hingga akhir program bersama aksi spontan menerima reaksi pelbagai di kalangan para penonton.
Nabil menerusi MH menyambut baik keberadaan Elly di pentas GV9 menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas selamat menimang anak kedua, bulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dikenali sebagai Madammu berkongsi mengenai perkembangan kehamilan yang kini sudah pun mencecah usia lebih enam minggu.
Menurut Madammu, dia perlu menghadiri temu janji bersama doktor setiap minggu bagi memastikan progres kehamilan berjalan dengan baik.
“Alhamdulillah hari ini scan yang pertama, which is kita kena scan every week. Hari ini mungkin doktor nak melihat perkembangan.
“Alhamdulillah sekarang baby dalam stage ‘yolk sac’ (adalah kantung membran yang melekat pada embrio, menyediakan makanan awal dalam bentuk kuning telur).
“Kita akan datang balik (temu janji dengan doktor) pada 1 November, lagi dua minggu. Tapi tadi nampaklah ada ‘kantung’. Tak nampak apa lagi, tapi doktor nak make sure baby is there. So ada lagi, alhamdulillah.
“InsyaAllah lagi dua minggu akan nampak (janin). Kita jumpa lagi dua minggu,” katanya menerusi sebuah hantaran video yang dikongsikan di Tik Tok.
Perkongsian tersebut pantas menerima reaksi baik-baik di kalangan peminatnya yang turut sama tumpang gembira dan tidak sabar untuk menantikan perkembangan terbaharu pengasas kosmetik ini.
Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...