Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana akui kualiti vokalnya turut menerima kesan selepas dijangkiti wabak Covid-19 sebanyak tiga kali.

Lantaran itu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kualiti nyanyiannya sudah tidak sama lagi seperti ketika bertanding di program Gegar Vaganza musim ke-2.

Kualiti Vokal Sejurus 3 Kali Covid-19, Siti Nordiana; “Penyanyi Bukan Mesin, Tekan Suis Terus Okay.” Kualiti Vokal Sejurus 3 Kali Covid-19, Siti Nordiana; “Penyanyi Bukan Mesin, Tekan Suis Terus Okay.”

“Kehidupan sebagai seorang penyanyi, ada kalanya waktu rehat kita tak cukup. Penyanyi ini bukan seperti mesin. Bila tekan suis, boleh terus beroperasi (menyanyi).

“Ada masanya juga keadaan kesihatan turut memainkan peranan. Untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya telah dijangkiti wabak Covid-19 sebanyak tiga kali. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dari segi pernafasan dan suara.

“Bagaimanapun, itu bukan alasan bagi seseorang penyanyi untuk hanya sambil lewa dalam nyanyian mereka,” katanya kepada MH.

Kualiti Vokal Sejurus 3 Kali Covid-19, Siti Nordiana; “Penyanyi Bukan Mesin, Tekan Suis Terus Okay.”

IKLAN

Bagaimanapun, Nana mendedahkan dirinya menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka dan bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahan.

“Saya akui ada dua atau tiga persembahan saya sebelum ini mempunyai beberapa kekurangan. Mungkin disebabkan saya penat.

“Saya ini bukan jenis yang suka bergaduh di media sosial. Jika komen netizen itu sesuatu yang membina, saya akan terima. Saya akan tonton semula persembahan dan saya akan nilai sendiri.

“Saya tiada masalah untuk mengakui kesilapan saya kerana tiada siapa pun yang sempurna,” ujarnya lagi.

IKLAN

Kualiti Vokal Sejurus 3 Kali Covid-19, Siti Nordiana; “Penyanyi Bukan Mesin, Tekan Suis Terus Okay.” Kualiti Vokal Sejurus 3 Kali Covid-19, Siti Nordiana; “Penyanyi Bukan Mesin, Tekan Suis Terus Okay.”

Dalam pada itu, Nana turut memberitahu, dia juga tidak mempunyai masalah andai terus dikenali dengan jolokan ‘penyanyi leman’ atau lagu mendayu-dayu yang sudah menjadi identitinya sejak sekian lama.

“Saya sebenarnya berbangga bila digelar ‘penyanyi leman’. Setidaknya adalah ‘cop mohor’ atau identiti yang melambangkan Siti Nordiana.

IKLAN

“Saya tak terasa hati pun bila dilabel sebegitu sebaliknya saya rasa seronok. Rupanya ramai juga yang sukakan ‘lagu leman’. Kalau orang pergi karaoke pun, lagu sebegitu yang jadi pilihan.

“Genre ini dah sebati dengan diri saya. Jadi, saya tak boleh nak lari jauh sangat. Kalau nak moden pun, mesti kena selitkan juga elemen ini.

“Nak kata saya tak versatil, saya dah buktikan di Gegar Vaganza 2. Saya boleh sahaja nyanyi bermacam lagu cuma forte saya adalah lagu yang mendayu-dayu,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Nana baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Menyantun Kasih ciptaan komposer terkenal M. Nasir.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Siti Nordiana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI