Ketika ini, antara nama bintang Hollywood yang paling sensasi ialah salah seorang adik-beradik Kardashian, Kylie Jenner. Semuanya gara-gara tindakan bintang remaja ini yang bertindak menghilangkan diri dari radar hiburan dunia selama berbulan-bulan demi menyembunyikan kandungan, bimbang dirakam paparazi. Bagaimanapun, berita tersebut tetap kantoi apabila ramai yang sudah bercakap mengenai kehamilannya.

Jadi, jom baca apa kata ketahui sembilan lagi kisah menarik mengenai bintang seksi ini.

Belajar Dari Rumah

Sudah Jadi Ibu Pada Usia 21 Tahun, Kami Kasi Lagi 9 Trivia Kylie Jenner Yang Mungkin Korang Tak Tahu!

Kerana jadualnya yang terlalu padat, Kylie mendapat pendidikan daripada rumah. Terdahulu, dia pernah dihantar ke sekolah. Bagaimanapun, kerana kurang fokus akhirnya dia belajar dari rumah sahaja dan mengakui hanya belajar sekitar tiga atau jam sehari. Namun, Kylie tetap lulus peperiksaan yang ditetapkan okay!

Sudah Punya Rumah Sendiri! 

Pada usia 19 tahun, Kylie difahamkan sudah pun mempunyai tiga buah rumah dan setiap satunya bernilai jutaan dolar yang semuanya berada di kawasan elit di Los Angeles. Rumah pertama Kylie terletak di kediaman keluarganya di Calabasas.

Wow… Dalam Rumah Ada ‘Boys Room’?

Sementara itu, salah sebuah rumah kepunyaan bintang ini juga ada suatu bilik yang dikenali sebagai ‘boys room’ yang kononnya di dalam bilik berkenaan tersimpan koleksi majalah dewasa!

IKLAN

Ligat Berniaga

Sudah Jadi Ibu Pada Usia 21 Tahun, Kami Kasi Lagi 9 Trivia Kylie Jenner Yang Mungkin Korang Tak Tahu!

Meski  ramai yang melihat sisi kehidupannya penuh glamor, namun pasti ramai yang tahu Kylie juga bijak dalam berbisnes. Jenama solekan, Kylie Cosmetics,kekal menjadi antara item solek paling popular dunia!

Antara Selebriti Muda Terkaya! 

Kylie turut tersenarai di dalam barisan 100 selebriti dengan bayaran termahal tahun lalu dan menerusi majalah Forbes, total pendapatannya adalah sekitar 41 juta dolar US. Kayanya!!!

IKLAN

Paling Rapat Dengan Khloe

Sudah Jadi Ibu Pada Usia 21 Tahun, Kami Kasi Lagi 9 Trivia Kylie Jenner Yang Mungkin Korang Tak Tahu!

Dalam kalangan adik beradiknya yang lain, Kylie mengakui dia cukup rapat dengan kakak tiri, Khloe. Menerusi sebuah temu bual, Kylie ada memberitahu dia sering bertanya dan meminta pandangan dari Khloe, terutamanya mengenai cinta.

Bakal Tutup Instagram?

Dia yang baru melahirkan seorang bayi perempuan pada 1 Februari lalu turut membayangkan dirinya sudah tidak lagi menjadi ‘hantu media sosial’ kerana mahu memberi tumpuan dan fokus terhadap anak.

IKLAN

‘Buat Muka’ Pada Usia Belasan Tahun?

Sudah Jadi Ibu Pada Usia 21 Tahun, Kami Kasi Lagi 9 Trivia Kylie Jenner Yang Mungkin Korang Tak Tahu!

Khabarnya juga, Kylie turut melakukan pembedahan kosmetik pada wajah dan beberapa bahagian tubuhnya. Malah ada media Hollywood melaporkan, dia sudah pun melakukan pembebahan terhadap bibir pada usia 17 tahun!

Bakal Muncul Dalam Sebuah Filem

Sudah Jadi Ibu Pada Usia 21 Tahun, Kami Kasi Lagi 9 Trivia Kylie Jenner Yang Mungkin Korang Tak Tahu!

Dek namanya yang kian menjadi perhatian kini, Kylie juga khabarnya turut melakukan penampilan khas untuk sebuah filem, Ocean’s 8 yang bakal ditayangkan pertengahan tahun ini. Ocean’s 8 dibarisi para pelakon popular lain seperti Sandra Bullock, Anne Hathaway, Rihanna dan ramai lagi. Oh we cant wait!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI