MH tahu ramai yang ternanti-nantikan keputusan dan ingin tahu apakah langkah seterusnya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan lakukan selepas berjumpa dengan pengasas produk kecantikan dan kosmetik Nur Sajat.

Seperti yang semua tahu, beberapa minggu yang lalu, DR. Mohd Izwan Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial Jakim, ada mengeluarkan kenyataan pihak Sajat dan Jakim bersetuju untuk melakukan proses pengesahan identiti Sajat secara rasmi namun ia mungkin mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya sebulan kerana perlu melibatkan banyak pihak.

BACA: 

Jakim Sahkan Akan Lakukan Proses Pengesahan Jantina Nur Sajat, Ambil Masa Minima Sebulan

IKLAN

 

Bagaimanapun baru-baru ini MH ada terbaca di sebuah portal akhbar tempatan berkongsi update terkini tentang siasatan tersebut.

Menurut laporan mereka, pihak Jakim mendakwa pihak ketiga dari pihak Nur Sajat menghalang prosedur pengesahan identitinya.

IKLAN

Sudah Hampir Sebulan, Mana Keputusan Jantina Sajat? Ini Jawapan JAKIM!

Walaubagaimanapun pihak Jakim sedang berusaha memujuk Sajat untuk meneruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan terdahulu.

IKLAN

Dalam pada itu, Jakim menafikan kononnya mereka telah mengesahkan identiti Sajat seperti dakwaan blogger melalui sebuah video live di Facebook.

Malah, Izwan memberitahu pengesahan jantina seseorang hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja.

SUMBER: Malaymail Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI